Monday, December 3, 2018

Turki Day 4: Cappadocia - Jeep Safari, Sufi Dance

Kalau nak tengok keseluruhan struktur dan bentuk mukabumi yang unik di Cappadocia, boleh naik Jeep Safari. Harga dalam USD 80.
Kalau tanya saya..
Saya cakap menarik..
Nak daki satu satu valley yang ada di sini memang mustahil dan takla...
Jeep ini akan berhenti di beberapa check point..
Dan di setiap point memang kita boleh turun dan ambil gambar

1. Inila ialah tapak hospital. Saya tak pasti zaman bila lagi kewujudannya.


                                                  ini jalan masuk ke dalam..




2.Otahisar Panorama
Dari sini boleh tengok pekan yang bangunannya dibina dalam batu. Ada yang masih menetap di sini. Ada yang menjadi bangunan tinggalan.

3.Rose Valley area
Tapi sayang tak nampak pula gambar yang diambil.


4. Panoramic Viewpoint (Red Valley)
Di sini kami berpeluang melihat matahari terbenam.






Malam kami dibawa menonton Sufi Dance. Persembahan ini mengambil masa 45 minit. Tak seperti apa yan saya bayangkan.
Kalau tidak pernah menonton, boleh je kalau nak tengok.
Tapi..kalau ajak saya tengok lagi sekali, memang tak kot..
Mungkin saya yang tak pandai menghargai.
Tapi kalau diberi peluang untuk memilih persembahan yang lain, anda boleh pilih.
Kami tidak dibenarkan merekod persembahan ini.
Maka saya kepilkan gambar berikut sahaja.



Turki Day 4: Cappadocia-Valley

Di Cappadocia, selain popular dengan Hot Balloon,
Di sini pun terkenal dengan bentuk muka bumi yang menarik..
Bentuk muka bumi yang unik ni berpunca daripada letusan gunung berapi dahulu kala..
Dan juga pelbagai kejadian alam semulajadi membentuk bentuk batu yang unik
Antara tempat yang menjadi tarikan pelancong adalah bandar Goreme dan Uchisar..
Ada beberapa valley di sini yang kami singgah..
Setiap Valley ni ada bentuk dan tarikan tersendiri..
Boleh cari maklumat di mana mana laman web tentang mana valley yang memang jadi tarikan.
Sebab ikut pakej. Mana yang dia bawa je la yang kami pergi.
Kalau berminat nak beli cenderamata, boleh beli di kedai berhampiran yang memang menjual pelbagai cenderamata. Harga memang boleh tahan

1. Devrent Valley
 Terkenal dengan ukiran batu berbentyuk unta ni..






2. Pasabag atau Mushroom Valley












3. Uchisar Castle Valley











Turki Day 4: Cappadocia- Shopping

Apa yang menarik di Turki..
Ada beberapa perkara yang kalau anda memang minat dengan benda benda ni,
memang Cappadocia adalah satu tempat menarik untuk mendapatkannya.
Kualitinya boleh tahan.


Bila kita pergi berpakej,
mereka akan bawa ke tempat-tempat sebegini.

1. Blue Art Centre
Di sini ada menjual barang kemas yang diperbuat daripada batu permata yang berasal dari Turki..
Harga pun boleh tahan. Semuanya dilabel dalam USD...Yang saya nampak, paling murah pun dalam USD350...
Tapi kalau berminat, boleh datang ke sini


2. Venessa Seramik
Seramik memang terkenal di Turki..
Bila dilihat memang cantik dan indah ukirannya.
Saya kalau memang mampu, nak juga beli..
Tapi ukur baju di badan sendiri.
Gambar memang tak boleh ambil.
Almaklumla untuk menjaga kualiti.
Hanya beberapa gambar saja yang diizinkan diambil
Tapi promoternya memang sangatla ramah.
Jangan tak tahu orang Turki memang peramah.

                                                       Ada demo pembuatan seramik
                                                     cantik dan halus..tapi harganya pun sangatlah cantik
                                               setiap ukiran mempunyai makna tersendiri


3.Gold Loom Carpet
Karpet Turki memang terkenalla. Cantik dan halus..
Di sini pun kami diberi penerangan tentang karpet.
Barula saya tahu ada pelbagai jenis karpet dan ada pelbagai jenis material yang menentukan kelembutan setiap karpet.
Tapi seperti biasa saya memang tak dibenarkan mengambil gambar.
Kalau saya mampu nak juga saya beli satu..
Tapi paling murah pun USD600...
Maka akhirnya, saya hanya bersembang panjang sahaja dengan promoternya..
Banyak yang saya dapat daripada promoter tersebut.
Akan saya ceritakan di post yang lain.