Sunday, November 25, 2018

Turki Day 4 Cappadocia: Hot Air Balloon

Hot air balloon adalah salah satu perkara yang patut kita buat bila berada di Cappadocia.
Saya pun mengambil peluang walaupun sebenarnya saya gayat dengan tempat tinggi.
Kami bertolak selepas Subuh kerana biasanya mereka ingin melihat matahari terbit di atas Balloon.
Alhamdulillah kerana Subuh sedikit awal, sempat solat Subuh di Hotel.
Kalau tak memang kena solat Subuh di tempat menunggu naik belon ni la.

Rasa bimbang ada. Tapi saya percaya mereka yang menguruskan Hot Air Balloon ni mesti ada kepakaran yang tinggi.
Ada yang tanya berapa lama di atas belon ni,
45 minit dengan satu bakul dalam lebih kurang 20 orang.
Harga bergantung kepada syarikat.
Kami membayar dengan harga 230 USD.
Memang rasa macam mahal, tapi bila lagi.

Setiap hari ada lebih 100 belon yang terbang di atas langit Cappadocia ni.
Mula2 risau sebab saya gayat.
Tapi Alhamdulillah. Sebenarnya tak rasa takut sangat sebab belon naik perlahan sahaja.





















Turki Day 3: Aksaray : Sultnahani Caravanserai

Sultanhani Caravanserai
Terletak di Aksaray

Dibina dari zaman Kerajaan Seljuk,
ia kemudahan rehat yang dibina untuk para pedagang atau musafir.
Sayangnya ia dalam proses 'renovation' semasa kami melawat.
Makanya tidak banyak gambar yang boleh diambil.
Saya hanya mengambil gambar di bahagian luar, kerana bahagian dalam gelap dan berhabuk
(renovation) masih berjalan.
Jika anda berminat dengan sejarah binaan di Turki boleh saja ke sini.
Tapi jika tidak mungkin tidak perlu masukkanya dalam senarai lawatan.
Kemasukan adalah percuma, tidak memerlukan tiket semasa saya ke sini.










Turki Day 3: Pamukkale ke Cappadocia

Lupa nak bagitau perjalanan antara daerah di Turki adalah perjalanan yang panjang.
Jadi dari satu tempat ke satu tempat bas akan berhenti di tempat yang menjadi tarikan pelancong.
Kalau ikut pakej, bergantung kepada mereka nak bawa kita ke mana.
Hari ketiga kami adalah perjalanan di dalam bas.
kerana jarak antara Pamukkale ke Cappadocia adalah 7 jam.
Perjalanan yang panjang.
Tolak campur berhenti makan, toilet semua,
Hampir 13 jam dalam bas..

Memandangkan saya memang tak boleh tidur dalam bas kalau perjalanan tu perjalanan baru, tempat baru, waktu siang maka saya menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.
Terasa rugi kalau saya tidur takut terlepas yang menarik. Berikut antara gambar yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan Pamukkale ke Cappadocia.




Pemandangan seperti ini hanya banyak di Turki bahagian asia sahaja. Ramai orang Turki duduk mengeteh di luar rumah sambil bersembang seperti ini





  Saya jatuh cinta berkali-kali dengan binaan masjid di Turki


Kami singgah solat di Konya.


ini adalah tempat untuk mengambil wuduk. Tempat mengambil wuduk pun MasyaAllah..cantik.

Dan seperti kebanyakan masjid di Turki, tiada tempat mengambil wuduk khusus untuk kaum wanita. (Orang di Turki menggalakkan kaum wanitanya bersolat di rumah). Kami mengambil wuduk di dalam tandas. Sebab itu saya pesan, bawala tuala kecil satu untuk lap kaki. Tak kirala andan lelaki ke perempuan kerana tempat mengambil wuduk adalah di luar masjid. Jarang nak jumpa tempat mengambil wuduk mereka di dalam masjid. Macam yang saya cakap, orang Turki mementingkan kebersihan.


Turki Day 3: Aksaray - Sultanhani Caravanserai

Turki Day 2: Pamukkale - Hierapolis, Cotton Castle

Pamukkale (Cotton Castle)
Kota Hierapolis dibina di atas benteng putih..
Benteng ini terbentuk daripada mineral semulajadi.
Hierapolis berazal dari zaman Byzantium lagi.
Besar betul kota ni. Tapi tinggal batu bata je.
Kota ini sebenarnya banyak kali dibina dan runtuh dalam beberapa kali kejadian gempa bumi.
Pamukkale adalah antara kawasan yang sering terjadi gempa bumi di Turki.
Kalau ke sini kita boleh lihat tinggalan kota lama yang menjadi bukti Kekuasann Allah SWT.
Masa melihat kawasan ni macam2 saya rasa.
Sebuah kota yang hebat. Binaan yang hebat.
Tapi dengan izin Allah, semuanya musnah.
Tinggal sedikit tanda untuk menjadi ingatan untuk kita.

Kawasan Pamukkale ini termasuk dalam tapak warisan UNESCO.
Kini menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong.
Memang ramai orang masa kami sampai ke sana.

Ada 2 benda yang kita boleh tengok di sini.
1. Tinggalan The Theater
Satu satunya bangunan yang masih utuh. Saya kagum sebenarnya. Orang zaman dulu boleh buat stadium sebesar ni..




2. Satu lagi benteng putih yang menjadi nama kawasan ni..Pamukkale (cotton castle)




Turki Day 4 Pamukkale ke Cappadocia

Friday, November 23, 2018

Turki Day 2 Bursa: Silk Bazaar

Lupa saya bagitahu pada posting sebelum ni.
Bursa adalah pusat pemerintahan kerajaan Uthmaniyah sebelum menakluk  Konstantinopel







Silk Bazaar hanyala sebelah sahaja Green Mosque. Jadi senang untuk anda merancang perjalanan.
Silk Bazaar ni tidak jual 'silk' sahaja walaupun namanya begitu.
Pelbagai cenderamata terdapat di sini dengan harga berpatutan.






Day 2: Pamukkale - Cotton Castle

Turki Day 2 Bursa: Green Mosque

Senibina Green Mosque ni berbeza dengan Grand Mosque.
Ianya pertukaran dari senibina Seljuk ke senibina Turki Uthmaniyah.

 Pintu masuk Green Mosque. Cantikkan dan sangat halus senibina dia.




                                                               Tempat wuduk


Pili ni ada kat tengah masjid. Kata 'Tourist Guide' kami, pili ni akan dibuka setiap kali perbincangan mengenai urusan kerajaan masa zaman Turki Uthamiyah dilakukan supaya tidak didengari musuh. kreatif kan. Sayang tak dapat didemokan kerana ada baikpulih yang dilakukan.





                                         Senibina di dalam bangunannya memang halus..






Day 2 Bursa : Silk Bazaar