Friday, October 19, 2018

Turki day 1: Instanbul (Panorama 1453 History Museum)

dari Ataturk Airport kami terus memulakan perjalanan di Turki...
Destinasi pertama: Panorama 1453 History Museum..

Adalah dinasihatkan..
Sebelum ke Turki baca sejarah di Turki..
Supaya kita lebih memahami setiap tempat yang kita pergi..
Kerana setiap bangunan,
Setiap tempat di Turki penuh dengan sejarah..

Untuk makluman
Di Panorama 1453 History Museum,
Semua pameran dalam bahasa Turki..
Tiada 'translation'....
Panorama 1453 History Museum ni menceritakan
sejarah penaklukan Kota Costantinople oleh Sultan Muhammad Al Fatih

Kalau hendak faham tentang apa yang dipamerkan,
ada audio yang disediakan dengan bayaran...
Saya hanya melihat gambar dan peralatan yang digunakan semasa perang..
Sedikit kecewa kerana tidak faham satu pun tulisan yang ditulis
Tapi sekurang kurangnya saya dapat melihat semua peralatan yang sebenar yang digunakan semasa penaklukan Kota Costantinople.
Bila melihat peralatan yang ditinggalkan..
Ada pelbagai rasa yang hadir..
Mereka..penakluk Kota ini orang yang hebat pastinya..

Dan juga Turki memang penuh dengan seni..
Gambar yang dilukis sangat cantik dan realistik...
Dan yang lebih utama..
Tiada masalah untuk mengambil gambar di dalam Museum ini..
Untuk makluman tidak semua Muzium di Turki boleh guna kamera atau telefon di dalamnya
Tiket masuk ke Museum ini lebih kurang 25 Lira.
Anda tidak perlu masa yang lama di dalam Museum ini..
Mungkin dalam 30 minit ke 1 jam pun dah cukup sebab Museum ni kecil sahaja.













Turki Day 1 Instanbul (Hagia Sophia Museum)

Wednesday, October 17, 2018

Kuala Lumpur-Singapore-Instanbul

Day 1 (6 Oktober 2018)
Kuala Lumpur-Singapore-Instanbul

Trip ke Turki kali ini saya menggunakan pakej Al Ilmi.
Untuk ke Instanbul kami menggunakan penerbangan Singapore Airlines
yang transit di Singapore.
Berlepas pukul 9.45 malam waktu Malaysia, sampai di Singapore pada pukul 10.40 malam.
Waktu Malaysia dan Singapore adalah sama.
Transit di Singapore selama 3 jam.
3 jam macam lama tapi untuk bergerak ke 'gate' berlepas mengambil masa kerana
Airport Singapore sangat besar.
Tambahan pula pertama kali menjejakkan kaki maka perlu mencari2 terminal dan 'gate' untuk penerbangan kami.

Pertama kali saya jejakkan kaki ke Airport Singapore.
Memang kagum dengan keadaan di Airport Singapore.

Pertama kali juga menggunakan Singapore Airlines.
Pendapat saya. Selesa.
Diberi bantal, selimut, stokin, 3 kali makan,
dan ada TV. (Tidak memboringkan anda)

Jarak Singapore ke Instanbul : 11 jam...
Lama..
Memang lama.
Kami sampai di Airport Instanbul pukul 7.45 pagi waktu Instanbul.
Beza waktu Instanbul dan Malaysia : Instanbul 5 jam lewat.
Maknanya pukul 7.45pagi Instanbul, pukul 12.45 tengahari Malasyia.

sampai saja di Turki maka perjalanan kami bermula..

-
Turki Day 1 Instanbul (Panorama 1453 History Museum)




Sunday, October 14, 2018

Ada apa dengan Turki


kenapa Turki....
saya masukkan Turki dalam negara impian saya dari tahun 2010..
selepas membaca buku Ustaz Hasrizal..
Secangkir Teh Pengubat Letih...

sebelum saya membaca buku tersebut..
saya hanya membaca dan melihat berita mengenai undang2 Turki didalam media massa..
sungguh apa yang saya lihat dan dengar dalam media massa begitu kontra dengan apa yang saya baca.

Ustaz Hasrizal membuka mata saya yang turki itu begitu istimewa dan impian saya berkobar kobar untuk sampai ke Turki suatu hari nanti..
ditambah bila membaca mengenai Sultan Muhammad Al Fateh..
keinginan untuk melihat sendiri tinggalan sejarah semakin menebal

Alhamdulillah..
Allah perkenankan 8 tahun kemudian...
seperti kata penulis kegemaran saya, Pn Roza Roslan..
sesungguhnya lintasan hati itu juga satu doa..

tapi ya..
Turki adalah bukti jatuh bangun dalam membina negara yg tercinta..
berapa banyak pergolakan yg berlaku..
yg menjadikan Turki seperti sekarang...
disarankan sebelum ke Turki, 
kita membaca sedikit sejarah negara Turki..
supaya perjalanan kita lebih bererti..
Anda akan faham apa maksud saya...
setelah anda menjejakkan kaki di Turki..

Jika tidak sempat..
bacalah buku ini...
seratus peratus dicadangkan...
kerana jika tidak..
yang hanya anda nampak adalah
tiada bezanya Turki dengan negara Eropah yang lain...
susah untuk melihat dan melabelkan Turki sebagai sebuah negara Islam,
jika kita hanya melihat dari luaran sahaja
terutamanya jika kita ke tempat yang menjadi tarikan ramai pelancong...

Turki-perjalanan membentuk akhlak


bila saya memulakan trip ke turki ini,
saya berdoa...
moga perjalanan ini menjadikan saya insan yang lebih bersabar
dan moga perjalanan ini membantu saya membaiki iman dan akhlak saya....
dan ya...
bila itu yang kita mahukan..
maka Allah akan menghantar pelbagai ujian dan situasi untuk mendidik kita...
apa ujian dan situasinya biarla saya simpan sahaja ceritanya..
Alhamdulillah...
saya merasakan perubahannya
sepanjang 6 hari saya di sini...
moga ianya berkekalan sampai ke akhir hayat..
kerana saya tahu susah untuk kita menjaga iman dan akhlak kita..
ianya naik turun
dan sungguh hati dan iman yang dimiliki rapuh...
menjaga yang rapuh itu perlukan perhatian...
moga Allah beri saya kekuatan hingga ke akhirnya..



-saya menulis ini pada hari ke 6 saya di turki...-

Monday, October 8, 2018

Turki aku datang

salam rindu....
lama saya berhenti menulis di blog kesayangan..
mungkin kerana saya tidak banyak menjengah dunia internet sejak beberapa tahun ni...
bukan setakat blog..
termasukla FB

ada tujuan saya kembali...
sekali diberi rezeki untuk mengembara jauh di bumi Tuhan...
kali ini saya ke Turki...
antara negara yg termasuk di dalam 'wishlist' saya...

8 tahun...
sejak saya masukkan Turki dalam negara impian untuk dijejaki...
akhirnya dikabulkan

kali ini perjalanan saya ke Turki dipenuhi dengan niat..
moga Allah membantu saya untuk menjadi lebih sabar...
dan membantu saya untuk meperbaiki akhlak..

kenapa Turki termasuk di dalam list...
saya akan ceritakan di lain post..