Friday, September 23, 2016

Trip to Sydney: Day 1



Kami bertolak dari Vla Glebe lebih kurang pukul 8 pagi..
Oh ya, perjalanan kami sepanjang di Sydney adalah berjalan kaki..
Checkpoint kami adalah Darling Harbour
Jarak antara Vla glebe dengan tempat yang akan saya coretkan lebih kurang 40 minit (3km)
Nampak macam jauh dan memenatkan,
Tapi kerana pemandangan yang menarik, tak terasa jauh sangat..

Untuk yang ada anak kecil, saya sarankan cari hotel yang lebih hampir..

Mukabumi di sini kadang berbukit..kadang rata..
Jadi kadang rasa penat, kadang rasa relaks..


Destinasi 1: Sydney Fish Market..

Kami ingin ke Syndey Fish Market untuk sarapan.
Laluan kami yang pertama adalah Blackwattle Bay
Di sini anda akan bertemu dgn mereka yang sedang berjogging
dan membawa anjing jalan-jalan



























Jarak Sydney Fish Market dan Vla lebih kurang 19 minit(1.5km) berjalan kaki.
Kami bersarapan di sini.
Ada banyak menu seafood di sini..


















Selepas bersarapan kami membeli 3 kotak strawberi dan pisang untuk bekalan makan tengahari..
Di sini juga ada ATM bagi mereka yang ingin keluarkan duit..


Destinasi 2: Darling Harbour..
Di sini banyak kapal dan juga destinasi untuk naik cruise untuk 'harbour sightseeing'
Oh lupa.. Sepanjang di sini, kita akan rasa macam kita di negara Asia,
Kerana 'mostly' mereka yang anda terserempak di sini adalah orang Asia..(Korea,China dan Jepun..'even' orang Malaysia sendiri)


























Di Darling Harbour ni, terdapat pelbagai tarikan..
tak cukup 2 hari nak 'cover'..
Kami memilih pakej tiket untuk 5 'attraction' untuk destinasi sepanjang dua hari.
Jangan risau, 'atttraction' ini tidak perlu dihabiskan dalam masa 1 hari..
Tiket untuk setiap attraction agak mahal, jadi kena pandai pilih pakej yang ada.
Untuk setiap aktiviti, pandangan saya peruntukkan 2 jam untuk setiap aktiviti..
untuk bajet masa bagi 'next' aktiviti..

Attraction pertama: Wildlife Sydney Zoo

Di dalamnya ada banyak haiwan yang terdapat di Australia...
Selain daripada melihat haiwan, ada beberapa 'show' haiwan di dalam yang kita boleh turut serta.
Sempat juga kami bergambar dengan koala.


































Kami makan buah strawberi dan juga pisang sebagai alas perut untuk tengahari. Selepas itu kami sambung dengan 'attraction' yang kedua.

Atrraction kedua: Madame Tussaud Sydney
Banyak juga patung lilin selebriti yang popular.
Saya tak berapa minat sangat, jadi tak banyak sangat ambil gambar di sini..





































Untuk dua attraction ini, kami selesai lebih kurang pukul 4 petang.
Kami memilih untuk menyambung 'attraction' yang lain pada esok hari..
Kami solat di Masjid berhampiran.
Lebih kurang dalam 10 minit perjalanan. 
Tapi jangan bayangkan masjid seperti di Malaysia..
Masjid di tingkat 2 bangunan kedai..
Tapi oleh kerana berkunci, (mungkin kerana hari sabtu. ramai orang cuti)
Maka, kami solat di luar.

Destinasi 3: Ferry dari Darling Harbour to The Rock
Jika berada lama di sini, saya sarankan anda beli saja Opal Card yang boleh digunakan untuk public transport.
Memandangkan kami hanya 2 hari di sini dan kebanyakan tempat hanya dengan berjalan kaki maka kami tidak memerlukan opal card.
Kami naik ferry di Darling Harbour.
Kami tidak berjaya membeli tiket kerana di Darling Harbour hanya ada mesin untuk topup card..
Nasib kami baik, pekerja di situ membenarkan kami masuk walaupun tiada tiket.
Beliau menyuruh kami membeli tiket di stesen seterusnya nanti.
Pemandangan dii atas ferry ni cantik.
Ferry ni akan berhenti di setiap yg ada attraction di Sydney..
Jadi nak senang, guna je perkhidmatan ferry ni..

















Destinasi 4: The Rock
Kebetulan lagi...(banyak sangat kebetulan. tapi memang kami tak tahu pun)
Ada festival coklat di sini.




















Sempatla kami memerhatikan pelbagai coklat dipamerkan..
Dan terdapat juga pelbagai gerai yang menjual pelbagai jenis makanan..
Macam pasar malam..
Tapi seriously..
Ramai gila orang...
Dan of course, mostly orang Asia..

Setelah penat berjalan,
Kami melepak di dataran yang bertentangan dengan Sydney Opera House..

Ambil gambar sambil melepak..















Bila dah penat dan lapar, baru terasa untuk bergerak balik...
Kami naik ferry lagi sekali untuk kembali ke Darling Harbour..
Tiket boleh dibeli di mesin tiket.












Destinasi 5: Makan malam di Peace Harmone Cafe (kedai vegetarian milik Korean).
Kenapa kami makan di sini?
Masa on d way cari masjd,
jumpa orang Melayu yang rupanya chef assisstant di situ..
Dapatla makan nasi goreng..
Tapi seriously banyak sangat..
Sampai kami bungkus untuk sarapan pagi esok..






















Habis makan kenala berjalan balik selama 40 minit ke Vla Glebe..
Tapi takpe..sambil menikmati pemandangan dan kesejukan malam..
Bila lagi betul tak?

Trip Sydney to New Zealand: intro
Trip to Syndey Day 2


No comments:

Post a Comment