Monday, September 26, 2016

Trip to South New Zealand: Day 6


Hari ni last day kami di South New Zealand
Sarapan hari ni kami habiskan stok yang ada..
Roti sardin dan stok maggi last..

Selesai sarapan, kami mengemas apa yang patut..
Kalau sempat buat malam tadi..
Buang semua barang yang tak diperlukan..
Kemas motorhome (seperti masa kita mula2 ambil) untuk dipulangkan di Christchurch nanti..
Buat dumping, isi air, bersihkan toilet..

Ambil beberapa keping gambar di camspite ini kemudian bergerak ke perjalanan seterusnya.
Ada rasa sedih kerana hari ni last day kami di South Island of New Zealand..
Sedih sebab lepas ni tak dapat dah nak tengok gunung ganang
Padang rumput yang cantik..




























Destinasi pertama: Kanggaroo Wallaby di Pekan Waimate
Ianya adalah laluan balik ke Christchurch.
Jarak dari campsite dalam 48km (38 min)
Kami singgah isi minyak terlebih dahulu.



















Di sini anda boleh beramah mesra dan memberi makan kepada mereka.
Kami menghabiskan masa hampir sejam di sini.















Selain itu, ada pelbagai tempat menarik sepanjang 
perjalanan balik ke Christchurch (tapi kami tak sempat untuk singgah sebab nak kejar masa):
  • Waimate Knitwear (kilang baju wool)
  • Waimate Strawberry Farm Outlet
  • The Tin Shed (kedai baju, pakaian dan produk NZ. Ada haiwan seperti Alpacas, ayam keldai dan lembu di sekitarnya)
Destinasi 2: Christchurch
Kami bergerak terus ke Christchurch dalam jarak 203km (1jam 17 minit)
Kami sampai di Christchurch dalam pukul 2.30pm.
Separuh dari kami terus dihantar ke aiport, separuh lagi menghantar motorhome balik ke Apollo Motorhome.
Sebelum sampai motorhome, isi minyak full (seperti yang dipesan penganjur)..
Selesai urusan, baki ahli kumpulan kami dihantar menggunakan shuttle ke aiport..

Maka tamatla perjalanan kami di Christchurch..
Flight kami lebih kurang pukul 7.30pm ke Auckland. Maka apalagi, kami melepak jela di aiport Christchurch.
Solat jama' Zuhur dan Asar siap dan terus jama' solat Maghrib dan Isya'.
Sempat beli kopi dan makan sedikit roti untuk isi perut.
Oh ye saya lupa nak bagitau..
Dekat Christchurch aiport ada kemudahan mengecas telefon..
Jadi sambil tunggu flight tak ada masalah untuk topup bateri telefon dan
power bank..

Untuk keseluruhan bajet di South New Zealand,
Trip to South New Zealand: Bajet

Trip to Auckland

Nanti juga akan disambung perjalanan di Auckland..
Juga akan ada entry menarik tentang perkara menarik sepanjang di South New Zealand..


No comments:

Post a Comment