Sunday, September 25, 2016

Trip to South New Zealand: Day 4

Destinasi pertama: Milford Sound
Kami bergerak awal hari ini. Pukul 6 pagi..
Kerana hari ini kami akan naik kapal cruise pada pukul 9 pagi
(yg ni kami naik berkumpulan untuk semua yg join Trip Kekawan kerana yg ini adalah group tiket)

Perjalanan selama 240km seriously mencabar..
Melalui kawasan UNESCO Heritage site..
Jalan memang berliku, tepi gunung,berbukit, ada terowong kecil,
kena berhati-hati bila melaluinya..
Tapi kawasan yg susah untuk dituju itula yg memiliki permandangan yang cantik..
Ok perjalanan ini memang kami konvoi kerana GPS tak berfungsi dgn baik..
Jadi lebih selamat bila berkonvoi..












Hampir pukul 9 kami sampai di kawasan Milford Sound ini..
Naik Cruise di sini antara yg wajib bila datang ke NZ South Island.
Anda akan berada di atas cruise lebih kurang 2 jam dgn bayaran NZD50 per person..
Dapat menikmati ciptaan Allah yg sangat indah..
Allah.. tak tergambar dgn kata-kata..



Selesai kami naik cruise,
kami masak makanan tengahari.
Apalagi menu kami adalah maggi dan roti sandwich
Selepas itu, kami terus solat jama' Zuhur dan Asar..

Destinasi 2: Campsite Gore Dolamore

Jarak dari Milford Sound lebih kurang 248km (3 jam 19 minit)..
Sepanjang perjalanan anda akan nampak ladang biri2 yang luas terbentang (ini pemandangan biasa sepanjang di South New Zealand ni)














Kami sampai agak awal hari ini, sebelum Maghrib.
(Buat pertama kali sepanjang di South New Zealand ni..
Kalau tak, asyik sampai malam dan dah penat).

Ok..campsite ini, ada 2 tandas untuk lelaki dan perempuan..
hanya 1 shower room unisex, 1 dapur sharing.
Ada playgroud dan night trekking.















Setelah selesai bergambar dan bermain di playground, kami memasak...
Hari ini kami masak nasi hari ini berlaukkan sardin dan sambal bilis.
Minum pula dengan kopi susu..
Dengan suhu yang sejuk..
Memang tak tergambarla dengan kata-kata nikmat dia...
Semua orang tidur sedikit awal hari ini..mungkin kerana kepenatan.

Trip to South New Zealand: Day 5







No comments:

Post a Comment