Sunday, September 25, 2016

Trip to South New Zealand: Day 3

Kami masih di campsite Moke Lake..
Bangun pagi pun masih sejuk. Tak tahu nak cakap ape..
Ambil air untuk sembahyang dan gosok gigi pun kami jerang dulu..
Sejuk sangat tak tahu nak cakap apa..
Bermula hari ini, bibir kami mula rasa macam tebal =)


Tapi permandangan macam saya cakap di entry sebelum ni,
cantik..SubhanAllah..
Tempat yg susah dituju ini tersembunyi keindahan yang sukar digambarkan

















Selesai ambil gambar bersama group Trip Kekawan,
Kami bergerak ke bandar Queenstown yang dilalui semalam..
Aktiviti terserah kepada kumpulan masing2 mengikut bajet sendiri..
Ok di sini saya kongsi aktiviti yg dicadangkan:
1. Queenstown Skyline
2. Ledge Swing
3. Hackett Kawarau Bridge Bungy
4. Nevis Swing
5. Paragliding
6. Shotover Jetboat
7. Queenstown Rafting
8. Helicopter Ride & Mountain Snow Landing
9. Queenstown Lake Cuise
 

Destinasi pertama: AJ Hackett Kawarau Bridge Bungy
Kami isi minyak terlebih dahulu sebab semalam langsung tak isi minyak.
Nama destinasi pun Bungy ..apelagi..kami ber'bungy jumping'la hari ni.
Harga lebih kurang 190NZD per person
Saya tak buat. 3 orang kawan saya buat. Saya hanya buat zipride berharga 28NZD =)













Kami orang terawal yg melakukan aktiviti di sini..
Jadi kami menjadi tontonan especially pelancong Korea yg kagum dgn kawan2 saya yg berani buat bungy jumping...(siap dipuji lagi oleh staff bungy jumping sebab muka masing2 tak ada feeling takut pun).
Tapi saya rasa staff mereka sangat bagus dalam memastikan aspek keselamatan setiap peserta.
Anda juga boleh membeli gambar dan video aktiviti anda di sini kerana
mereka ada cameraman yg akan snap semua gambar anda..
Bolehla buat kenangan.

Destinasi 2: Kami merancang untuk berkayak. Tapi tak jadi kerana angin kuat..tak berani menaggung risiko..
Selepas itu 3 orang daripada kami pergi beli barang keperluan di pasaraya, dan 3 orang lagi pergi buat dumping dan isi air. 
Sempat juga beli kopi di sini untuk menghilangkan kepenatan
Kami sempat isi perut dengan sedikit roti.
Selesai solat kami bergerak ke pekan Te Anao..

Destinasi 3: Top 10 Holiday Park Te Anau..
Jarak dari Queenstown 173km (2 jam 7 minit)..
Campsite ini berhampiran dengan Tasik Te Anau..

















Kami isi minyak full terlebih dahulu
(dipesan oleh pengurusan trip kerana perjalanan esok hampir 240km,
tiada stesen minyak dan tiada talian telefon).
Selesai pendaftaran masuk dan membuat bayaran campsite, kami berjalan kaki ke pekan Te Anao..
Dalam 10 minit sahaja..
Di Pekan Te Anao ini ada banyak hotel dan kedai cenderahati.
Anda boleh membeli pelbagai cenderahati dengan harga yang berpatutan.
Kami pun merebut peluang, jadi lepas ni tak perlula nak fikir pasal cenderahati lagi..=)

Oh ye, campsite ini agak lengkap dengan kemudahan bilik air,
shower room untuk lelaki dan perempuan, dapur, serta laundry..
Untuk yang menggunakan MPV di sini pun ada motel.
Selesai membeli belah, kami balik semula ke camp untuk masak..
Sambil masak..satu lagi kumpulan kecil kami pergi buat laundry..
Malam ini menu kami lebih proper (maklumla dah 2 hari makan malam maggi),
nasi putih, ikan salmon (yg dipancing semalam) masak asam pedas dan ikan salmon bakar serta air teh..
Sambil itu kami masak nasi goreng siap2 untuk sarapan pagi esok..
Selesai makan dan selepas sedikit taklimat untuk perjalanan esok,
dan selepas mandi semua..kami beransur untuk berehat..

Trip to South New Zealand : Day 4

No comments:

Post a Comment