Sunday, September 25, 2016

Trip to South New Zealand: Day 2

Hari ini hari Aidiladha untuk kami..(Lewat satu hari dari Malaysia kerana perbezaan masa)
Kata penganjur, kami group pertama dalam trip ni yg menyambut Aidiladha bersama..
Alhamdulillah  kami sempat bersama-sama solat AidilAdha bersama-sama..













Selesai solat AidilAdha,
Kami bersarapan bersama-sama..
Kumpulan kami menghidangkan kopi panas berserta nasi himpit dan
sambal ikan bilis yang dibawa oleh sahabat kami..
(macam mana sambal bilis boleh lepas...Kawan saya packaging balik siap dengan label)..
Kopi panas dengan suhu sejuk macam ni...
Memang ngam..















Oh ye..hari ini semua orang berbaju raya..
Maklumla hari raya.

Selesai semuanya, dalam pukul 9 lebih kami bergerak ke destinasi seterusnya...
Sebelum itu..kami membuat dumping..
Kebetulan campsite ini ada tempat dumping..

Destinasi pertama: The Wrinkly Ram
Jarak dari campsite dalam 30km (21minit).
Di sini kami akan tengok pertunjukkan mengetam bulu biri-biri..



























Di sini bayaran masuk NZD25 per dewasa..
Kami masuk ke sini bersama semua group dari Trip Kekawan.
Kerana pertunjukkan ini untuk 'group request' sahaja.

Di sini baru nampak bagaimana mereka mengetam bulu biri-biri
dan bagaimana mereka menjaga kawanan biri-biri yg ramai dgn menggunakan anjing..
Baru tahu bulu biri-biri ni tebal dan berat sebenarnya..
Yang lucunya, biri-biri ni seperti redha je bulunya diketam..

 









Destinasi 2: Ladybird Hill (Salmon Fishing)
24km(20 min) dari The Wrinkly Ram
Ok bayaran NZD55 per pancing.














Tapi kan.. ikan sini macam jinak..
Tak sampai 10 minit semua kumpulan dapat tangkap ikan..
Tapi kalau lepas 30 minit tak berjaya juga jgn risau..
mereka akan ganti ikan tersebut..

Destinasi 3: Wanaka Puzzling World

Antara yg famous dan tempat wajib datang di Wanaka..
Dalam 110 km(1 jam 15min) dari Ladybird Hill..
Kawasannya tidaklah terlalu besar..
Tapi itupun dah cukup memeningkan..
Kalau anda ada giddiness ataupun motion sickness,
saya sarankan jangan masuk..
Seriously anda akan jadi giddy selepas itu..
Bagi yg suka adventure, anda dipersilakan..

 












Kami turut serta dalam Maze tapi tak sempat habiskan kami keluar dari emergency exit..
Dah pening untuk selesaikan perjalanan walapun maze ni kecil.








































Dalam ni, ada juga kedai cenderahati dan cafe..
Di setiap meja bagi yg taknak masuk sampai dalam atau nak tunggu kawan2 lain,
ada macam2 permainan yg memeningkan untuk diselesaikan
Kami beli sedikit kerepek untuk isi perut..
Sekali lagi kami tak makan tengahari..
Kami solat jama' Zuhur dan Asar di sini..


Destinasi 4: Wanaka Lake
















Tasik yang sangat cantik di tengah bandar Wanaka..
Di sini banyak kedai dan hotel..
Lebih kurang 3km saja dari Wanaka Puzzling World.
Selain bergambar di sini kami sempat ke pasaraya untuk membeli barang keperluan..

Destinasi 5: Campsite Moke Lake
Dalam pukul 6 selepas selesai melepak dan membeli barang kami bergerak ke campsite..
Jarak dari Wanaka Lake, 68 km(1jam 8 minit)
Sepanjang perjalanan, anda akan melalui bandar Cromwell (pekan buah-buahan di NZ,
tapi kami tak sempat singgah kerana hendak sampai awal ke campsite..)
Anda juga akan melalui bandar Queenstown (Bandar pinggir laut..cantik..ala2 Batu feringghi..
Untuk yg nak tengok Haka Show oleh Maori, show bermula jam 6pm.
Kami skip show ini kerana dah lewat untuk ke camp.
Sini juga ada pelbagai aktiviti untuk anda lakukan seperti Skyline, kayak, bungee jumping)

Di bandar Queenstown ini kami buat dumping dan isi air terlebih dahulu kerana
campsite untuk hari ini sangat limited. Hanya ada 2 tandas lubang sahaja..
Selesai melakukan dumping, kami bergerak ke campsite.

Bagi mereka yang ingin ke Moke Lake campsite,
Nasihat saya gerak awal ke campsite ini.
Kalau boleh sebelum pukul 6pm.kerana jalannya kecil dan berlengkar macam jalan Gerik..
(sebenarnya sepanjang perjalanan kami di South New Zealand semua jalan berlengkar dan berbukit bukau..Kalau anda mabuk kereta, standby ubat).
Selain itu, jalan untuk ke kem ini berbatu dan tiada lampu jalan.


Bayaran untuk campsite ini NZD10 per dewasa..
Anda hanya perlu meletakkan duit di dalam sampul
dgn menulis no plat kereta dan jumlah peserta
dan meletakkan di dalam kotak di depan pintu masuk.
Campsite ini antara campsite yang paling cantik,
Terletak di bawah bukit dan berhampiran tasik.
Tapi MasyaAllah..suhu sangat sejuk..
Suhu malamnya mencecah 1 hingga -5 darjah celcius..
Campsite ini hanya untuk motorhome.
Bagi yg membawa MPV untuk trip ini, mereka bermalam di
Haka Lodge Queenstown.













Trip to South New Zealand: Day 3


No comments:

Post a Comment