Sunday, September 25, 2016

Trip to South New Zealand: Motorhome

Ada pelbagai pilihan untuk ke New Zealand..
Samaada secara backpacking,
Sewa kereta sendiri,
atau motorhome..

Ada banyak servis motorhome di New Zealand..
Speanjang perjalanan kami di sini,
Pasti akan bertemu dengan motorhome daripada
trip persendirian ataupun trip-trip yang lain..

Kami memilih Trip Kekawan..
Perjalanan kami kali ini melibatkan 16 motorhome, 1 MPV dan 1 kereta..
Kata guide, trip kali ini paling ramai..

Seronok join trip ini..
Berkonvoi ramai2, menambahkan lagi kenalan yang ada...
Lagipun penganjur banyak membantu..

Mengenai bajet keseluruhan, saya akan letakkan dalam 1 entry senang untuk rujukan..

Mengenai motorhome,
Anda boleh search online..

Perjalanan kami sepanjang di sini memang tidur di dalam motorhome ini..
Ala2 camping...
Satu motorhome boleh muat dalam 6 orang dewasa..
Sepanjang perjalanan kami, ada ramai juga yang datang bersama famili dan anak2 anak kecil..
Untuk memandu motorhome di New Zealand,
Anda boleh saja menggunakan  lesen memandu Malaysia yang biasa..


Basically,
motorhome ini ada dapur untuk memasak,
set pinggan mangkuk dan sudu..
Ada satu kuali dan satu cerek air..
Ada bantal dan selimut..
Ada toilet..Tapi untuk makluman toilet disarankan digunakan secara limited..
Guna bila terlalu memerlukan.
Kalau tak perlu kerap melakukan dumping..
Dumping: Proses membuang sisa kumbahan di tempat dumping..
Biasanya di campsite atau stesen minyak ada tempat dumping ini..
Begitu juga dengan air..Setiap hari memang kena isi air ke dalam motorhome ini..

Maka untuk solat atau buang air, seeloknya lakukan di tempat atau destinasi yang kita singgah..

Siapa yang suka camping atau cabaran, akan sukakan motorhome ini..
Tapi kalau anda tak suka travelling secara camping, atau suka luxury travelling..
saya cadangkan anda sewa saja MPV dan tidur di hotel atau motel..
Jangan susahkan penganjur bila tiba-tiba request nak tidur hotel..

Bagi kami,
Pengalaman pertama guna motorhome ini menyeronokkan..
Bahkan tidak serik..
Yang penting kerjasama sesama ahli kumpulan serta tolak ansur..

Oh ye...untuk pengetahuan..
Trip Kekawan sudah menyiapkan itinerary perjalanan sepanjang di sini..
Kita bebas follow itinerary yang diberi..
Cuma time untuk lawatan group, dan masa untuk tiba campsite kita kena makesure kita follow iti yang diberi..
Ini untuk memudahkan pihak penganjur..

Penganjur juga ada memberikan walkie talkie dan GPS yang telah di'setting' destinasi yg akan kita tuju..
Ia banyak membantu perjalanan kami...
Jika ada masalah hubungi saja mereka..
Jangan lupa untuk beli wifi atau simcard untuk kegunaan di sini..
Ia penting untuk update destinasi kita kepada penganjur...

Trip to South New Zealand: Intro

Trip to South New Zealand: Day 1

No comments:

Post a Comment