Saturday, September 24, 2016

Trip to South New Zealand: Intro

Ok..kami bergerak dari Vla Glebe ke Airport Sydney pukul 3
menggunakan shuttle.
Sampai di aiport Sydney terus buat proses check in..
Itupun memakan masa yang lama.
Masa berbaris, terserempak dgn beberapa Malaysian yang juga join trip yang sama dgn kami..
O ye..Air Asia memand tak ada direct flight ke Christchurch.
Jadi ada 2 pilihan yg saya nampak relevan..
Ke Auckland dulu..atau macam kami..ke Sydney dulu..=)

Kami solat di family room airport sebelum masuk gate.
Satu yang saya kagum dengan airport Sydney..
Ada shower room yang memang cantik..
Okla untuk sesiapa yang travel cara backpackers..
Selesai solat kami masuk gate..
Sebelum itu sekali lagi kena isi borang 'declaration'

Pemeriksaan imigresen agak mendebarkan tapi simple..
(Seperti yg saya tulis di Trip to Sydney..
saya akan simpulkan mengenai pemeriksaan imigresen ini di dalam satu entry)

Kami hanya berehat dekat dengan 'gate'
Kongsi makan malam dengan kebab lebih yang dibeli di restoran di Sydney Tower..

Kami sampai di Christchurch Airport jam 12.30am waktu Christchurch..
Kalau beza masa Sydney 2 jam dengan Malaysia,
Christchurch pulak 4 jam..
Pening nak setting jam.

Kami berenam berpecah 2.
Separuh tidur di hotel..
Separuh tidur di aiport..
Nak jimat bajet.
Saya antara yang tidur di aiport..
O ye..suhu sejuk sangat..
Berbeza dengan suhu di Sydney
1 degree...
Nasib baik dekat dalam aiport tu ada heater..


Aiport Christchurch tak ada shower room..
Berbeza dengan airport Sydney
Jadi kami mandi di family room..
Jangan risau, airport ni ada kemudahan untuk cas telefon ataupun kamera..

Untuk perjalanan sepanjang di South New Zealand ni,
kami menggunakan motorhome dengan join Trip Kekawan..
Mengenai motorhome, saya ceritakan di entry seterusnya..

Trip to South New Zealand: Motorhome

Trip to South New Zealand: Day 1






No comments:

Post a Comment