Sunday, September 25, 2016

Trip to South New Zealand: Day 1

Kami bertolak dari airport ke tempat motorhome jam 8.00 pagi
menggunakan perkhidmatan super shuttle yang telah ditempah online..
Jarak antara airport dan Apollo Motorhome tidak terlalu jauh...
Lebih kurang 15 minit..

Segala urusan pengambilan motorhome dan taklimat selesai dalam pukul 11 pagi..
Suhu lebih kurang 6 degree..

Kami singgah di stesen minyak untuk beli air mineral
dan saya beli sedikit keropok untuk makan-makan kalau lapar..

Destinasi pertama: Rakaia George
Lebih kurang 79km dari Apollo Motorhome..
Di sini ada sungai (Rakaia river) yang cantik...












MasyaAllah..airnya hijau...cantik sangat..
Disini ada jetboat yang agak murah.
Lebih kurang NZD50 berbanding dgn tempat lain (NZD90)
Dengan jetboat ni, anda akan dibawa meredah Rakaia River
berlatarbelakangkan pemandangan bukit bukau, gunung ganang yang cantik..






























Kami solat jama' zuhur dan asar di sini..
Rasa indah sangat solat atas padang rumput dengan suhu yang nyaman..=)

Destinasi 2: Lake Tekapo
Ok ini destinasi seterusnya...
Jarak 189km(2 jam lebih) daripada Rakaia George..
Dalam pukul 5 kami sampai di sini..
















Cantik sangat tapi sejuk giler...
Tasik ini antara yg terbesar(kedua) selain Lake Pukaki dan Lake Ohau
berlatarbelakangkan mountain yg sangat cantik..
Kalau dapat pergi time bunga betul2 bloom lagi cantik..
Boleh 'search' dekat google masa dia 'bloom'..
Saya tak mampu untuk pergi hampir dengan tasik ini..
Sejuk mencucuk tulang...Walaupun dah pakai baju berlapis-lapis..
Saya kira suhunya lebih kurang 3 darjah celcius..
Tapi..Allah...cantik sungguh..
Tapi pandang dari jauh..tak mampu nak pergi dekat..
Kami tak sempat ke Lake Pukaki kerana jam sudah hampir pukul 7..
Sebenarnya jarak antara Lake Pukaki dan Lake Tekapo tidak jauh..
Hanya 84km (1jam) perjalanan..
Dekat sini pukul 6 pun dah gelap..

Destinasi 3: Twizel Holiday Park Campsite
Rate bayaran untuk campsite ini NZD18 per dewasa, NZD per kanak2 5-12 tahun..
(bajet keseluruhan saya akan simpulkan bajet di hujung coretan)
Kami terus ke Campsite..Hampir saja dengan Lake Pukaki..
Dalam 81km (1 jam) dari Lake Tekapo
Sebelum itu kami isi minyak dan beli sedikit barang di stesen minyak di Twizel sebelum masuk campsite..

Semua Motorhome di bawah Trip Kekawan berkumpul di sini..
Ada juga Motorhome di bawah trip yang lain..
Ada juga motel untuk yg bawa MPV..














Mengenai campsite ini..
Ada dapur yg lengkap..laundry, bilik air utk lelaki dan perempuan,
ada shower room...
Boleh dikatakan semuanya lengkap untuk rujukan..

Kami tak makan tengahari pun hari ini..
Hanya isi perut dgn makanan ringan..
Tapi itula bila berjalan ni perut kurang sikit lapar..
Sampai saja di sini kami masak makan malam..
Yg penting, cas semua kamera, telefon, walkie talkie, wifi..
Hari ini makan malam kami adalah maggie je dgn air kopi pekat.
(barang di bawa dari Malaysia).
Malam ini, pengurusan Trip Kekawan belanja kami BBQ kambing..

Oleh kerana kemudahan cukup lengkap,
Kami mandi dan siap basuh baju lagi..=)

 Ok..itu cerita untuk Day 1...

Trip to South New Zealand: Day 2






No comments:

Post a Comment