Friday, September 30, 2016

New Zealand: dari impian menjadi kenyataan

Sebenarnya dalam hati saya ada semat beberapa tempat..
Yang saya memang berimpian untuk pergi..
Termasukla New Zealand...
Tapi..
Tidak saya letak harapan yg terlalu tinggi untuk sampai ke New Zealand
bila memikirkan status kemampuan saya..

Saya mula menanam hajat untuk ke New Zealand pada tahun 2010.
Melalui pembacaan satu buku..
Masa tu apa yang saya rasakan,
New Zealand yg digambarkan terlalu cantik pada pandangan mata akal saya..

Tahun lepas, bila sahabat rapat saya buat keputusan untuk ke New Zealand,
saya tak ada dalam 'planning' tersebut..
Memandangkan bajet yg tidak beberapa bagus..
Namun mungkin kerana rezeki..
Awal bulan Mac haritu salah seorang kawan kami
Menawarkan lagi sekali kepada saya untuk turut serta apabila ada yg tarik diri..
Saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju walaupun bajet diluar jangkauan akal...

Alhamdulillah..
New Zealand terlalu indah.
Syurga dunia bagi saya.
Pertama kali menjejakkan kaki..
Hanya ucapan SubhanAllah yg mampu keluar di hati..
Betapa indahnya ciptaan Allah..
Sana sini pemandangan gunung tidak berpokok diliputi salji..
Jika tidak pun hanya dipenuhi dengan pokok serendah paras pinggang..
Belum lagi melalui ladang rumput yag luas mata memandang.
Tidak tahu berapa banyak gambar yg diambil..
Kamera perlu sentiasa 'on'.
Sana sini cantik...
Allah..nikmat mana yg mahu didustakan..

Allah memberi saya peluang..
Untuk menjejakkan kaki di tempat yg sebelum ini
saya rasa hanya akan jadi impian sahaja untuk saya..

Dan benarlah kata penulis kegemaran saya, Pn Roza Roslan
"Allah sentiasa mendengar lintasan hati kita"







No comments:

Post a Comment