Sunday, July 31, 2016

Tolong jangan dikriminasi mereka....

Ini 'tribute' untuk mereka..
Kanak-kanak yg bermasalah pendengaran, pertuturan, autism, syndomic, masalah pembelajaran dan lain-lain..
Mereka sangat istimewa...
Mereka anak2 syurga yg harus kita sayangi..
Dan mereka istimewa di mata saya..
Saya tak mampu nak gambarkan dgn kata2..
Perasaan..
Apabila pesakit bermasalah pendengaran berlari datang peluk pinggang kita..
Apabila pesakit Down Syndrome datang untuk cium pipi kita..
Apabila pesakit Autism datang cakap terima kasih pada kita..
And I a bit sensitive to this part..
Untuk mereka yg dikriminasi
Kenapa?...
Kerana mereka 'special' maka mereka tidak berhak untuk berada di dalam 'crowd' yg ramai?
Kerana mereka 'special' maka mereka tidak sesuai berada di dalam majlis?
Buang sifat dikriminasi tersebut..
Mereka memang istimewa.
Mereka mungkin bukan macam orang lain..
Mereka ada emosi yg tidak menentu...
Mereka mungkin kadang sukar dikawal..
Dan jangan berharap boleh duduk diam bila kita suruh mereka duduk diam maca orang lain..
Mereka mungkin tidak faham dunia kita yg terlalu mementingkan 'kesempurnaan'..
Ya..mereka memang istimewa..
Dan kami mahu keistimewaan itu dikongsi bersama..
Diselami bersama...
Agar kita lebih 'aware' kehadiran mereka di sekeliling kita..
Dan agar mereka lebih yakin untuk berdepan dgn masyarakat..
Dan agar ibubapa tidak malu untuk membawa anak mereka ke 'crowd' yg ramai...
Dan agar kita belajar lebih bersyukur dgn apa yg kita ada..