Wednesday, June 8, 2016

Tenggelamnya Kapal Van Der Wick

Saya tidak akan pernah jemu
dengan karya HAMKA yang satu ini..
Sudah berkali menonton filem  adaptasi novel ini..
Berkali juga air mata tidak berhenti mengalir..

Ia lebih daripada sekadar kisah cinta dua darjat...
Ianya...
Kisah kehidupan..
Kisah kebangkitan..
Kisah ego dan janji...

Saya sejujurnya kecewa..
Melihat mereka yang hanya memandang
Darjat dan keturunan
Harta dan kekayaan
Memandang rendah pada mereka yg tidak punya apa2
(harapannya sudah tiada lagi orang yang sebegini..
walaupun saya rasa masih wujud mereka yang begini)

Saya tidak menyebelahi Zainuddin atau Hayati....
Bagi saya kedua-duanya ada salah masing-masing...

Salah Hayati kerana berjanji (siap sumpah mati)..
Untuk menunggu Zainuddin..
Sepatutnya dia tidak memberikan harapan..
Kerana manusia tidak akan pernah tahu takdirnya sendiri...

Saya tahu Hayati terpaksa menerima keputusan datuknua..
Dan bagi saya Hayati mengutus surat penolakan dgn alasan yg kukuh..
Agar Zainuddin tidak lagi menunggunya..
Bagi saya itu yang sepatutnya..
Daripada memberi harapan palsu dan tidak pasti...

Salah Zainuddin kerana terus menjatuhkan hukum...
Terus mengatakan Hayati mengkhianati dirinya..
(Tapi itu reaksi tipikal..apabila dikhianati)
Cuma kalaula dia boleh buang sedikit ego seorang lelaki..
Ego untuk memaafkan..
Kalau dia menjadi seorang yang pemaaf...
Mungkin 'ending'nya tidak seperti itu...
Mungkin mereka boleh hidup bahagia..

Banyak pengajaran..
Hidup ini bukan semata kerana harta..
Bukan semata kerana darjat..
Hidup ini tidak selalunya kita di atas..
Dan tidak selalunya kita di bawah..
Jangan pernah memandang hina pada orang lain..
Dan janganlah terlalu memuji seseorang..
Kerana di penghujungnya,
Semuanya milik Allah...
Jadila seorang yang pemaaf..
Redha dengan takdir..
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

'the best quote'..
adalah ayat penutup cerita....
'bangkitla walaupun jatuh berkali-kali. Jangan pernah penat untuk bangkit'


-ok ini cerita saya yang pertama di bulan Ramadhan..dah lama nak tulis pasal Zainuddin dan Hayati ini..Tapi tak berkesempatan-

No comments:

Post a Comment