Monday, May 9, 2016

soal jodoh : yakin dan redha 2

Cerita 4:
Saya juga tidak lari ditebak dengan soalan yg sama..
Tapi kerana saya yakin dan percaya dengan Qada' dan Qadar..
Maka saya hanya menerima soalan tersebut seperti angin lalu..

Saya..
Sering ulang kata kata ini..
Tidak kepada diri sendiri sahaja
Tetapi kepada orang lain juga..
"Jangan ambil hati dgn soalan sebegini..
Jangan makan hati dengan kata sindiran..
Yakin dan redha dgn ketentuan Tuhan..
Jangan kerana hendak menutup mulut manusia
Kita terburu2 membuat keputusan
Hingga sampai keputusan itu memakan diri kita...
Sabar itu indah jika disertai dengan redha
Yakin itu indah jika kita percaya dengan takdirnya"


Cerita 5:

Adik saya bertanya pendapat mengenai mencari pasangan yg sekufu..
Apakah makna sekufu bagi saya...
Dan jawapan serta pandangan saya mengenai sekufu (kalau tidak bersetuju 'ignore' kan saja)..
Sekufu pada pandangan saya adalah
Sekufu dalam semua perkara..
Drp segi agama..
Drp segi tingkahlaku
Drp segi pandangan hidup
Sekufu bukan hanya pada harta (seperti nilaian kebanyakan mereka pada hari ini)
Apapun jika mencari pasangan..
Carila yang serasi dengan kita..
Bila bersama kita selesa dan serasi dengannya..



Okla..cukupla dulu cerita soal jodoh..
Maafla terpanjang..
Senang saja prinsip saya..
Jika hendak jodoh yang baik..
Bentuk dan ubah diri menjadi lebih baik...
InsyaAllah pasti akan ketemu apa yang kita cari..
Yang penting percaya dan yakin dengan janji Allah...



No comments:

Post a Comment