Sunday, May 8, 2016

soal jodoh : yakin dan redha 1

Untuk beberapa minggu ni...
Skop  mengenai jodoh tidak lari jauh dari topik kehidupan harian saya...
Sekali lagi saya terpaksa berkongsi mengenai jodoh dan cinta..
Topik yg paling tidak digemari untuk dikongsi..

Beberapa cerita:

Cerita 1:
Perigi cari timba...
Ada seseorang bertanya saya mengenai isu ini..
Memang..
Memang tak ada  isu perigi cari timba ini..
Boleh saja guna orang tengah..
Tapi tak semua orang mampu untuk itu..
Kerana ada sesetengah perempuan itu tetap juga tinggi sifat malunya...
Dan saya..
Mungkin kerana saya masih berpegang dengan pinsip ini..
Maka saya agak sensitif dengan isu perigi cari timba..
Kerana malu perempuan itu mahal..




Cerita 2:
Saya berjumpa dengan seorang bekas pensyarah..
Dia bertanya mengenai isu jodoh..
Lalu nasihat ini disampaikan kepada saya
"Jodoh itu akan datang bila sampai waktunya..
Pada waktu yang terbaik..
Pada masa yang terbaik."
Satu hari nanti..
kalau diberi peluang dan kesempatan..
Saya teringin nak cerita dan hurai dgn lebih panjang.
Suatu hari nanti..
Kalau diberi peluang...


Cerita 3:
Ini isu masa menghadiri kursus baru baru ini...
Ada seorang sahabat meluahkan rasa..
Terbeban dan tertekan dengan soala jodoh..
Seringkali didesak soal jodoh..
Saya sangat simpati dengan keadaannya...
Dalam hati saya bersyukur.
Kerana saya diberi kekuatan hati
Dan memiliki ahli keluarga yang 'supportive'
Ok berbalik kepada isu sahabat saya tadi..
Kenapa ya..
Masyarakat kita terlalu tidak sensitif dengan perasaan orang lain..
Cubala menjadi manusia yang empati dengan perasaan orang lain
Fikir dulu sebelum berkata kata..
Adala baik doakan yang baik baik untuk orang lain..
Untuk sahabat itu saya doakan kamu jumpa jodoh yang baik..
Bersabarla dengan mulut manusia
Percayala. .
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk mu

Bersambung...






No comments:

Post a Comment