Tuesday, April 12, 2016

kerja 'last minute'

Saya paling tidak suka kerja 'last minute'
Kerana itu saya tidak suka bagi kerja 'last minute'  kpd orang lain..

Ya..
Bila sesuatu perkara,
Saya suka buat perancangan..
Mungkin tidak sempurna persiapannya..
Tapi sekurang kurangnya saya bersedia...

Ya...
Memang takdir itu milik Allah..
Setiap perancangam kita tidak semestinya akan berjaya..
Tapi sekurang kurangnya kita ada ruang..
Untuk tidak buat kerja 'last minute'..
Yang akhirnya nanti menyusahkan orang lain..
Dan menyusahkan orang lain adalah perkara terakhir yg  ingin saya lakukan..


Saturday, April 9, 2016

Perjalanan Menuju 30:3 Bersahabat kerana Allah

Perjalanan menuju 30: 3

Di setiap langkahan di kehidupan ini..
Kehidupan yang dirasakan panjang,
tetapi sebenarnya pendek,
Kita akan bertemu dengan ramai orang...
Ada yang singgah sebentar dalam kehidupan kita..
Ada yang memakan masa bertahun..
Ada yang meninggalkan kenangan yang indah..
Ada juga yang meninggalkan kepahitan..

Dan saya...
Bertemu dengan ramai orang yang baik baik..
Sejujurnya..
Saya tidak ramai kawan rapat..
Tapi saya bertemu dengan ramai sahabat.
Kerana saya nomad dari satu tempat belajar ke satu tempat belajar yang lain..
Dan saya lebih suka berteman dengan ramai orang..

Tapi dalam ramai ramai mereka yang bersahabat,
Pasti ada yang rapat dan akan menjadi tempat kita berkongsi cerita...

Dan dia adalah salah seorang yang antaranya menjadi orang yang paling rapat
Ketika saya berada di zaman belajar..
Walaupun bukan sebaya..
Kerana dia merangkap junior saya..
Tapi mungkin kerana cara fikir lebih kurang dengan cara fikir saya..
Kerana itu..
Kami boleh bersahabat lebih daripada hubungan junior senior..

Kami sudah lama tidak bertemu..
Kali terakhir bertemu semasa saya menghadiri temuduga kerja
yang mana saya menumpang di rumahnya..
Sudah lebih 7 tahun...

Tapi seperti mana mereka yang pernah rapat dengan hidup saya..
Saya tidak pernah melupakan dan sentiasa mendoakan yang baik baik..

Semalam..
Beliau telah menamatkan zaman bujang..
Alhamdulillah..
Beliau bertemu dengan imam yang terbaik yg boleh memimpinnya..
Rasa terharu...
Dia yang saya kenal masa zaman belajar..
Kini sudah bergelar isteri orang..
Moga kehidupan rumah tangganya diberkati Allah..
Dan kekal sampai syurgaNya...


p/s:
Dalam hubungan persahabatan..
Tanpa mengira berapa tahun hubungan itu..
Ia lebih kepada...
Bagaimana hubungan itu dijalinkan..
Jika kerana Allah..
Walaupun sudah lama tidak bertemu..
Tetap sentiasa dalam ingatan..