Thursday, March 17, 2016

Perjalanan Menuju 30:2 Semua di luar kawalan kita

Perjalanan menuju 30:2

Banyak perkara dalam hidup,
Semua di luar kawalan kita..
Kerana kita tetap manusia
Yang banyak kekurangan..

Banyak yang saya belajar..
Sepanjang melangkah dalam jalan hidup ini..

Kalau dulu..
Setiap kali ada saja sesuatu ungkapan
atau ada sesuatu perbuatan..
Yang melukakan hati atau menggoreskan hati..
Banyak saya simpan dalam hati...
atau terus saya beri reaksi
Samada melenting atau bermasam muka..

Tapi kini saya belajar..
Untuk cuba melupakan..
Cuba terus buang..
Dari singgah ke dalam hati..

Kerana jika kita simpan di dalam hati..
Ia boleh menjadi dendam...
Yang akan merosakkan hati..
Yang akan membuatkan kita lupa segala kebaikan..
Dan hanya nampak keburukan..
Yang sebenarnya kesalahan itu hanya sedikit..
Jika dilupakan..
Kita boleh menjadi tenang..

Manusia itu..
Fitrahnya tidak pernah sempurna..
Akan ada masa dia melakukan kesalahan di luar kawalannya..
Yang mana kadang dia tidak berniat..
Tapi kerana fitrah..
Yang dia sering terlupa..

Maka kita sama belajar..
Untuk melupakan kesalahan yang dilakukan..
Dan cuba memandang kebaikan
yang banyak yang dilakukan kepada kita