Monday, February 22, 2016

Ibarat panjat pokok kelapa tinggi

Rasa macam dah lama sangat tak menulis.
Rindu tu ada.
Idea tu kadang kadang datang macam air
Tetapi kerana kekangan waktu
Terpaksa membatalkan niat

Lebih lebih lagi
Saya dalam mode pencarian diri yang  tak berkesudahan.

Ya..
Hidup ini kadang naik kadang turun..
Saya tetap lagi meneruskan langkahan
Memanjat pokok kelapa yang tinggi
Ada masa rasa macam mengalah.

Selalu juga tanya pada hati.
Nak terus panjat ke nak turun balik..
Tapi dah sampai tengah tengah.
Nak turun rasa sayang..
Tapi nak teruskan rasa tak larat.

Pilihan..
Saya yang harus buat..
Pilihan ada dua...
Tidak pernah ada perkataan tak ada pilihan..
Kerana memang secara azalinya..
Setiap sesuatu keputusan itu tetap akan ada dua pilihan..