Tuesday, September 1, 2015

maka bersabarlah

Selepas 3 hari berehat daripada kerja...
Saya diberi peluang untuk mencari ketenangan..
Dan memberi peluang untuk minda saya berehat..

Alhamdulillah.
Status ini saya tulis dalam keadaan saya tenang..

Saya cukup terluka untuk beberapa minggu lepas..
Kemuncaknya..
Had kesabaran saya diuji jumaat minggu lepas..

Saya biasanya tidak peduli
dengan apa yang orang kata pasal saya
Malah saya tidak kisah
Jika orang nak mengutuk dan mengata saya
Kerana saya tahu memang sudah lumrahnya manusia
Pasti ada yang tidak berkenan di hati
Tentang kita

Tapi saya pantang orang buat cerita
Mereka reka cerita yang tidak ada..
Cerita buruk pasal saya..
Kepada orang yang saya hormati..
Terutamanya guru dan ibu bapa saya...

Dalam kepala tertanya tanya..
Apa masalahnya mereka ini?...
Akhirnya saya memujuk diri...
'Biarkan saja..tidak luak sedikit pun hidupmu..
Dengan cerita cerita buruk itu..
Mungkin persepsi orang padamu akan menjadi buruk..
Namun jika kamu berterusan menunjukkan yang baik..
Pasti yang buruk itu nanti akan ditelan kebaikan..
Dan dunia ini hanya persinggahan..
Maka bersabarlah'