Monday, July 27, 2015

Hikmah yang kita tak nampak

Okla..
ALLAH beri saya masa dan kekuatan untuk bercerita sesuatu disini..

Tentang hikmah sesuatu kejadian

Ini cerita pre Ramadhan.
Yang tidak sempat saya coretkan sebelum ni.
salam ramadhan

Ceritanya:
Kebiasaannya setiap kali hari pertama puasa saya akan terus beli tiket balik kampung
Tahun ini  sepatutnya 'turn' saya cuti selepas raya.
Saya dah rancang nak ambil cuti seminggu selepas raya.
Tapi nak dijadikan cerita..
Tahun ni saya terlambat sedikit beli tiket..

Apabila sudah puasa hari yang ketujuh baru saya beli tiket..
Maka tiket untuk saya balik sudah habis.
Maka saya terpaksa ambil cuti seminggu sebelum raya.
Masa ni ada rasa 'frust' sedikit.
Sebab memang dah 'plan' nak cuti lama sedikit
(masa ni tak nampak hikmahnya lagi)

Nak dijadikan ceritanya lagi,
saya diuji dengan ujian sakit seminggu pertama puasa..
kemudian saya diuji dengan pelbagai ujian yang menguji kesabaran
(tak perlu saya cerita apakah dia ujian itu)
Padahal dah set dalam minda tahun ni saya nak jadikan
Ramadhan tahun ni Ramadhan yang terbaik untuk saya


Sehari sebelum saya 'start' cuti,
saya ditimpa lagi ujian
yang buat saya rasa saya tak mampu lagi nak hadapi
Dengan ujian yang bertimpa timpa
Sehingga saya mengalirkan air mata
Dan saya tahu ini kifarah dosa saya
ALLAH menurunkan ujian ujian yang menguji kesabaran saya
dan terus terlintas
'ok ini mungkin hikmah kenapa tahun ni saya perlu cuti pre raya'
 Untuk merawat hati, akal dan fizikal saya

Alhamdulillah..
Minggu terakhir puasa memang saya berada di kampung halaman.
ALLAH saja yang tahu betapa tenangnya saya.
Sakit saya makin sembuh.
Dan saya lupakan terus tentang masalah yang menimpa saya sebelum cuti
Dan yang lebih menggembirakan,
Saya dapat berpuasa dengan lebih tenang
Saya dapat membantu ibu menyediakan juadah berbuka
Dapat membantu adik adik menyiapkan kuih raya
Tiada yang lebih indah selain berada di rumah bersama keluarga tercinta

Maka saya merenung semua yang berlaku.
Saya merancang (untuk cuti sakan selepas raya)
Tapi ALLAH memberi yang terbaik untuk saya (cuti seminggu sebelum raya)
Kerana DIA lebih tahu yang hati dan akal saya
tidak akan lagi mampu menghadapi ujian
Jika saya terus bekerja sehingga sehari sebelum raya.


Kesimpulan...
Sesungguhnya apa yang berlaku pada kita..
ALLAH dah tentukan apa yang terbaik kita.
Bahkan kita sering berdoa
Supaya ALLAH memberi kita apa yang terbaik untuk kita
Maka seharusnya kita yakin
Yang DIA telah menetapkan jalan kita
Tinggal kita untuk bergantung sepenuhnya kepadaNYA
Kita mungkin tak nampak hikmah yang terjadi pada awalnya
Tapi di akhirnya kita akan tahu apa yang belaku itu semuanya ada hikmahnya
Tinggal kita untuk bersyukur dan redha

No comments:

Post a Comment