Tuesday, May 12, 2015

manusia itu hatinya berubah ubah

Manusia memang begitu sifatnya..
Kita takkan pernah dapat mengagak
Apakah sifatnya yang akan datang
Sama dengan sifatnya arini..
Kerana manusia itu boleh berubah
Seiring dengan perubahan masa..

Dulu ada seorang kawan pernah cakap pada saya...
"Manusia ni macam pantai...
Boleh berubah bila bila masa
Sekali bah.. sekali pantai berubah...
Hari ini mungkin dia baik dengan kita..
 esok esok mungkin dia sudah jauh dengan kita..    
Hari ini mungkin dia kawan..
Tapi tiba tiba esok diala musuh kita..    
'Don't simply trust people around you'

Ada sesetengah orang..
Kita mungkin rasa dah kenal lama...  
Boleh tiba tiba menjadi orang yang asing dalam hidup kita
Ada sesetengah orang..
Kita mungkin letakkan kepercayaan yang tinggi
Dalam diam dia mengkhianati kepercayaan itu"...

Mungkin salah saya..
Kerana menyangka..
Semakin bertambah masa hubungan persahabatan itu..
Maka semakin kita kenal orang itu...  

Dan apabila tiba tiba kita gagal memahami apa yang tersirat..  
Atau apabila muncul terlalu banyak salah faham..
Yang kita tidak berupaya untuk menyelesaikannya..
Kita kecewa...
Kenapa sahabat kita boleh berubah hanya kerana sedikit salah faham    

Kita lupa...
Hati manusia ini tidak tetap..
Dah mudah salah sangka..  
Sedangkan hubungan dengan Allah pun
Hati manusia itu bolak balik sifatnya...
Apatah lagi dengan kita manusia


Dan saya tidak mampu untuk membuatkan manusia tidak tersalah sangka..
Dan hanya pada Allah saya berserah..
Kerana hati itu Allah yang pegang.
InsyaAllah..
jika kita bersahabat kerana Allah..
pasti Allah akan bantu kita..
Menyelesaikan setiap masalah yang hadir..
Dalam setiap hubungan persahabatan itu..

P/s:
Maaf..post arini terpanjang sedikit...