Sunday, April 26, 2015

Perjalanan Menuju 30:1 DIA pemilik segala kehidupan

Perjalanan menuju 30 - 1:

Kesilapan kita..
Bila kita ada masalah kehidupan,
Kita cari mencari manusia lain..
Yang kita fikir boleh membantu kita.
Dan kita terlupa..
Yang sebenarnya mereka juga ada masalah yang harus diselesaikan..
Dan kadang kadang
mereka juga tidak punya cara untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan..
Akhirnya,
Tetap tiada penghujung dan penyelesaiannnya untuk masalah yang dimiliki..


Kita lupa kita ada ALLAH..

yang sudi mendengar masalah kita..
yang punya cara untuk menyelesaikan masalah kita..
Mungkin penyelesaiannya kita tidak akan perolehi dalam keadaan yang kita inginkan..
Tapi percayalah..
Dengan menyerahkan segala urusan kita kepada ALLAH..
Kita pasti akan beroleh ketenangan
Walaupun masalah yang dihadapi masih melingkari hidup kita,,


" Banyak meluahkan perasaan kepada Tuhan,
kita kurang mendapat jawapan,
tetapi banyak ketenangan,
Banyak meluahkan kepada manusia,
Kita banyak mendapat jawapan, 
tetapi semakin kurang beroleh ketenangan"- Ustaz Hasrizal

Saya sedang belajar..
untuk lebih banyak mengadu kepada ALLAH..
daripada mengadu kepada manusia..
Kerana pengalaman menunjukkan..
Amat sedikit sekali manusia yang betul betul faham..
Apa sebenarnya yang kita hadapi..

Bahkan masalah yang sebenarnya kecil..
Menjadi besar apabila kita tersalah luah..
Dan kadang kadang boleh menjadi penyebab kepada timbulnya masalah lain..
yang sebenarnya boleh dielakkan
kalau kita menjadi manusia yang berfikir..
Kerana bagi saya,
manusia yang berfikir..
lebih banyak mengadu masalah kehidupannya
kepada Pemilik segala kehidupan di dunia ini..
iaitu ALLAH SWT

kerana dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang
=)


p/s: ilham dari satu pemerhatian..

Friday, April 24, 2015

kegembiraan orang lain adalah kebahagiaan

sejak akhir akhir ini
mendengar macam macam berita gembira dari ramai orang di sekeliling saya.

Saya melihat mereka yang mencari cari jodoh..
Akhirnya bertemu dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi..
Saya melihat mereka yang telah lama menunggu kelahiran cahaya mata..
Akhirnya mendapat cahayamata
Saya melihat orang disekeliling saya bahagia dengan keluarga masing-masing..
Saya melihat beberapa impian orang disekeliling saya tercapai..


Tiada kegembiraan yang lebih bahagia
apabila melihat orang disekeliling kita gembira
Alhamdulillah..
Allah S.W.T memberi saya rasa itu..

Saya suka melihat orang lain tersenyum dan gembira.
Dan saya sedih melihat orang lain bersedih..
Saya tak suka melihat orang lain bermuram durja..
Terutamanya kalau sayalah puncanya.

Allah..
Saya bermohon kepada Allah..
Memberi saya peluang untuk terus mengembirakan
dan membahagiakan orang lain..
Dan semoga saya tidak membuat orang lain sedih kerana saya..

Kerana sungguh..
Melihat orang lain tersenyum
Boleh menjadi satu kebahagiaan untuk kita..
Percayalah..

p/s: Moga moga orang disekeliling saya dan sesiapa saja terus tersenyum dan gembira hendaknya...

Tuesday, April 21, 2015

selidik dan teliti

Sebab tu kita...
Setiap kali dengar sesuatu perkara atau berita..
Selidik dan teliti dahulu...
Dengar dari semua pihak
Tidak adil untuk kita dengar daripada satu pihak
tanpa mendengar penjelasan pihak lain..  

Dengar, selidiki, teliti baru buat keputusan..
 
Jangan masuk campur perkara yang tidak penting
 dan tidak memerlukan kita untuk turut mencampuri..
Jangan banyak bersangka sangka..
Takut sangkaan kita itu sudah jadi fitnah..

Banyak hubungan silaturahim putus
hanya kerana dengan banyak sangkaan
Hanya kerana kita tidak mahu selidiki dan teliti..

Saya pun tidakla sebaik mana..
Saya juga masih dan masih mencuba..
Untuk tidak mencampuri urusan orang lain..
Cuba mendengar dari semua pihak..
Walaupun kadang kadang saya turut terbabas.
Menjadi 'judgemental' (menghukum)
Tanpa meneliti apa yang saya dengar.

ALLAH...
Sungguh lemahnya kita sebagai manusia..