Tuesday, November 17, 2015

letak jauh jauh dlm hati

Sabar...
Diam..
Letak jauh jauh dalam hati...
Harap harap simpan simpan hilang terus..

Letak yang baik baik je dalam kepala..
Susah..
Memang susah...
Biasanya yg buruk yg senang kita ingat..

Ibarat baju terkena tahi ayam...
Habis hilang bau wangi minyak wangi...
Tapi kalau kita basuh
kan hilang juga bau busuk tahi ayam tu..

Nak buat macam mana...
Manusia...
Cakap main ikut sedap mulut..
Cakap main lepas..
Jatuh hukum tanpa bukti itu biasa..
Tengok apa yg dipandang saja itu biasa
Percaya apa yg didengar saja itu biasa...

Sabar..
Diam...
Itu saja ubat dan kunci..
Kalau balas pun tak ada faedah..
Makin buruk saja suasana..


Tuesday, September 1, 2015

maka bersabarlah

Selepas 3 hari berehat daripada kerja...
Saya diberi peluang untuk mencari ketenangan..
Dan memberi peluang untuk minda saya berehat..

Alhamdulillah.
Status ini saya tulis dalam keadaan saya tenang..

Saya cukup terluka untuk beberapa minggu lepas..
Kemuncaknya..
Had kesabaran saya diuji jumaat minggu lepas..

Saya biasanya tidak peduli
dengan apa yang orang kata pasal saya
Malah saya tidak kisah
Jika orang nak mengutuk dan mengata saya
Kerana saya tahu memang sudah lumrahnya manusia
Pasti ada yang tidak berkenan di hati
Tentang kita

Tapi saya pantang orang buat cerita
Mereka reka cerita yang tidak ada..
Cerita buruk pasal saya..
Kepada orang yang saya hormati..
Terutamanya guru dan ibu bapa saya...

Dalam kepala tertanya tanya..
Apa masalahnya mereka ini?...
Akhirnya saya memujuk diri...
'Biarkan saja..tidak luak sedikit pun hidupmu..
Dengan cerita cerita buruk itu..
Mungkin persepsi orang padamu akan menjadi buruk..
Namun jika kamu berterusan menunjukkan yang baik..
Pasti yang buruk itu nanti akan ditelan kebaikan..
Dan dunia ini hanya persinggahan..
Maka bersabarlah'






Friday, August 21, 2015

Adatla manusia

Sambil pujuk diri sendiri
sambil makan roti cicah sup cendawan..
Sedar sedar tinggal separuh dah dari sebungkus roti...      
Penangan rasa macam mac

Motivasi diri..
'Takpe Allah ada..
Sabar..
Ini asam garam hidup...    
Kunyah.. telan.. hadam..
Jangan simpan...
nanti jadi nanah..  

Adatla manusia...
Bila buat jahat sekali tak nampak dah yang baik (macamla selalu buat baik)..
Adatla manusia..
Jarang nak berterima kasih (macamla selalu berterima kasih) ...
Adatla manusia..
Tak semua senang tengok orang senang.
Adatla manusia...


Jadi..
Kunyah... telan..hadam..
Sabar..redha..
Allah ada...'


Allah...
=`(
Feel hopeless
Feel frustrated
Feel painful


Sabar hati..
Sabar..

when you feel....

When you feel hopeless
When you feel frustrated
When you feel like crying
When you feel lost

Just remind to yourself
Allah is there for you...

Friday, July 31, 2015

robot tiada perasaan

Semasa saya menulis post ini
Hati saya tengah sedih
Saya tak pasti sebab apa?

Kebiasaanya ini berlaku apabila:
Saya marah orang
Saya sakitkan hati orang
Saya ada buat salah dengan orang
Atau ada perkara menyedihkan yg terjadi...

Masalahnya saya tak pasti apakah ia?
Sejak dua menjak ni..
Saya terlalu sibuk..
Terlalu banyak benda yang terjadi
Hingga ada masanya saya mungkin
Ada marah..
Ada sakitkan hati orang
Ada buat salah dengan orang
                             
Dalam sedar atau tidak sedar...  
Sampai saya terlepas pandang
Sampai saya tidak boleh mengawal keadaan
Sampai saya tidak perasan      
Hingga tiba tiba Allah bagi hati saya rasa sedih ini
Baru saya terdetik...
Saya ada buat sesuatu yang tak kenakah hari ini?

Allah...
Sampai macam tu sekali kesibukan dunia ini
Sungguh menakutkan
Apabila dunia
Boleh menjadikan manusia jadi seperti robot
Yang tiada perasaan
Sampai tidak sedar apa yang dia terlalu lakukan...

Monday, July 27, 2015

Hikmah yang kita tak nampak

Okla..
ALLAH beri saya masa dan kekuatan untuk bercerita sesuatu disini..

Tentang hikmah sesuatu kejadian

Ini cerita pre Ramadhan.
Yang tidak sempat saya coretkan sebelum ni.
salam ramadhan

Ceritanya:
Kebiasaannya setiap kali hari pertama puasa saya akan terus beli tiket balik kampung
Tahun ini  sepatutnya 'turn' saya cuti selepas raya.
Saya dah rancang nak ambil cuti seminggu selepas raya.
Tapi nak dijadikan cerita..
Tahun ni saya terlambat sedikit beli tiket..

Apabila sudah puasa hari yang ketujuh baru saya beli tiket..
Maka tiket untuk saya balik sudah habis.
Maka saya terpaksa ambil cuti seminggu sebelum raya.
Masa ni ada rasa 'frust' sedikit.
Sebab memang dah 'plan' nak cuti lama sedikit
(masa ni tak nampak hikmahnya lagi)

Nak dijadikan ceritanya lagi,
saya diuji dengan ujian sakit seminggu pertama puasa..
kemudian saya diuji dengan pelbagai ujian yang menguji kesabaran
(tak perlu saya cerita apakah dia ujian itu)
Padahal dah set dalam minda tahun ni saya nak jadikan
Ramadhan tahun ni Ramadhan yang terbaik untuk saya


Sehari sebelum saya 'start' cuti,
saya ditimpa lagi ujian
yang buat saya rasa saya tak mampu lagi nak hadapi
Dengan ujian yang bertimpa timpa
Sehingga saya mengalirkan air mata
Dan saya tahu ini kifarah dosa saya
ALLAH menurunkan ujian ujian yang menguji kesabaran saya
dan terus terlintas
'ok ini mungkin hikmah kenapa tahun ni saya perlu cuti pre raya'
 Untuk merawat hati, akal dan fizikal saya

Alhamdulillah..
Minggu terakhir puasa memang saya berada di kampung halaman.
ALLAH saja yang tahu betapa tenangnya saya.
Sakit saya makin sembuh.
Dan saya lupakan terus tentang masalah yang menimpa saya sebelum cuti
Dan yang lebih menggembirakan,
Saya dapat berpuasa dengan lebih tenang
Saya dapat membantu ibu menyediakan juadah berbuka
Dapat membantu adik adik menyiapkan kuih raya
Tiada yang lebih indah selain berada di rumah bersama keluarga tercinta

Maka saya merenung semua yang berlaku.
Saya merancang (untuk cuti sakan selepas raya)
Tapi ALLAH memberi yang terbaik untuk saya (cuti seminggu sebelum raya)
Kerana DIA lebih tahu yang hati dan akal saya
tidak akan lagi mampu menghadapi ujian
Jika saya terus bekerja sehingga sehari sebelum raya.


Kesimpulan...
Sesungguhnya apa yang berlaku pada kita..
ALLAH dah tentukan apa yang terbaik kita.
Bahkan kita sering berdoa
Supaya ALLAH memberi kita apa yang terbaik untuk kita
Maka seharusnya kita yakin
Yang DIA telah menetapkan jalan kita
Tinggal kita untuk bergantung sepenuhnya kepadaNYA
Kita mungkin tak nampak hikmah yang terjadi pada awalnya
Tapi di akhirnya kita akan tahu apa yang belaku itu semuanya ada hikmahnya
Tinggal kita untuk bersyukur dan redha

Wednesday, July 22, 2015

aku masih perantau

Cuti raya saya 'officially ' habis arini...
Dan saya akan pulang ke kehidupan yang sibuk dan penat
Saya mengeluh ke?
Nope...          
Cuma menyatakan hakikat
Dunia ini bukan tempat berehat..    
'There are many things to do
There are many things to solve'  
Selagi kita bergelar manusia
Ada tugas khalifah yang perlu dilaksanakan..

P/s: Terima kasih ibu kerana masih mengizinkan aku menjadi perantau

Thursday, July 2, 2015

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan...

Ramadhan kali ni...
Saya tidak sempat untuk mencoretkan apa apa...
Sungguh hati ini rindu untuk menulis..
Tapi masa tidak mengizinkan...
Terlalu banyak ujian...
Yang datang serentak untuk diselesaikan dan diuruskan...

Sungguh..
Manusia tidak akan terlepas dari ujian..
Mungkin bila keadaan sedikit tenang..
Saya akan mencoretkan sesuatu di sini...

Apapun Salam Ramadhan...
Doakan yang baik baik untuk saya...
Saya pun doakan anda juga..

Tuesday, May 12, 2015

manusia itu hatinya berubah ubah

Manusia memang begitu sifatnya..
Kita takkan pernah dapat mengagak
Apakah sifatnya yang akan datang
Sama dengan sifatnya arini..
Kerana manusia itu boleh berubah
Seiring dengan perubahan masa..

Dulu ada seorang kawan pernah cakap pada saya...
"Manusia ni macam pantai...
Boleh berubah bila bila masa
Sekali bah.. sekali pantai berubah...
Hari ini mungkin dia baik dengan kita..
 esok esok mungkin dia sudah jauh dengan kita..    
Hari ini mungkin dia kawan..
Tapi tiba tiba esok diala musuh kita..    
'Don't simply trust people around you'

Ada sesetengah orang..
Kita mungkin rasa dah kenal lama...  
Boleh tiba tiba menjadi orang yang asing dalam hidup kita
Ada sesetengah orang..
Kita mungkin letakkan kepercayaan yang tinggi
Dalam diam dia mengkhianati kepercayaan itu"...

Mungkin salah saya..
Kerana menyangka..
Semakin bertambah masa hubungan persahabatan itu..
Maka semakin kita kenal orang itu...  

Dan apabila tiba tiba kita gagal memahami apa yang tersirat..  
Atau apabila muncul terlalu banyak salah faham..
Yang kita tidak berupaya untuk menyelesaikannya..
Kita kecewa...
Kenapa sahabat kita boleh berubah hanya kerana sedikit salah faham    

Kita lupa...
Hati manusia ini tidak tetap..
Dah mudah salah sangka..  
Sedangkan hubungan dengan Allah pun
Hati manusia itu bolak balik sifatnya...
Apatah lagi dengan kita manusia


Dan saya tidak mampu untuk membuatkan manusia tidak tersalah sangka..
Dan hanya pada Allah saya berserah..
Kerana hati itu Allah yang pegang.
InsyaAllah..
jika kita bersahabat kerana Allah..
pasti Allah akan bantu kita..
Menyelesaikan setiap masalah yang hadir..
Dalam setiap hubungan persahabatan itu..

P/s:
Maaf..post arini terpanjang sedikit...


Sunday, April 26, 2015

Perjalanan Menuju 30:1 DIA pemilik segala kehidupan

Perjalanan menuju 30 - 1:

Kesilapan kita..
Bila kita ada masalah kehidupan,
Kita cari mencari manusia lain..
Yang kita fikir boleh membantu kita.
Dan kita terlupa..
Yang sebenarnya mereka juga ada masalah yang harus diselesaikan..
Dan kadang kadang
mereka juga tidak punya cara untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan..
Akhirnya,
Tetap tiada penghujung dan penyelesaiannnya untuk masalah yang dimiliki..


Kita lupa kita ada ALLAH..

yang sudi mendengar masalah kita..
yang punya cara untuk menyelesaikan masalah kita..
Mungkin penyelesaiannya kita tidak akan perolehi dalam keadaan yang kita inginkan..
Tapi percayalah..
Dengan menyerahkan segala urusan kita kepada ALLAH..
Kita pasti akan beroleh ketenangan
Walaupun masalah yang dihadapi masih melingkari hidup kita,,


" Banyak meluahkan perasaan kepada Tuhan,
kita kurang mendapat jawapan,
tetapi banyak ketenangan,
Banyak meluahkan kepada manusia,
Kita banyak mendapat jawapan, 
tetapi semakin kurang beroleh ketenangan"- Ustaz Hasrizal

Saya sedang belajar..
untuk lebih banyak mengadu kepada ALLAH..
daripada mengadu kepada manusia..
Kerana pengalaman menunjukkan..
Amat sedikit sekali manusia yang betul betul faham..
Apa sebenarnya yang kita hadapi..

Bahkan masalah yang sebenarnya kecil..
Menjadi besar apabila kita tersalah luah..
Dan kadang kadang boleh menjadi penyebab kepada timbulnya masalah lain..
yang sebenarnya boleh dielakkan
kalau kita menjadi manusia yang berfikir..
Kerana bagi saya,
manusia yang berfikir..
lebih banyak mengadu masalah kehidupannya
kepada Pemilik segala kehidupan di dunia ini..
iaitu ALLAH SWT

kerana dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang
=)


p/s: ilham dari satu pemerhatian..

Friday, April 24, 2015

kegembiraan orang lain adalah kebahagiaan

sejak akhir akhir ini
mendengar macam macam berita gembira dari ramai orang di sekeliling saya.

Saya melihat mereka yang mencari cari jodoh..
Akhirnya bertemu dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi..
Saya melihat mereka yang telah lama menunggu kelahiran cahaya mata..
Akhirnya mendapat cahayamata
Saya melihat orang disekeliling saya bahagia dengan keluarga masing-masing..
Saya melihat beberapa impian orang disekeliling saya tercapai..


Tiada kegembiraan yang lebih bahagia
apabila melihat orang disekeliling kita gembira
Alhamdulillah..
Allah S.W.T memberi saya rasa itu..

Saya suka melihat orang lain tersenyum dan gembira.
Dan saya sedih melihat orang lain bersedih..
Saya tak suka melihat orang lain bermuram durja..
Terutamanya kalau sayalah puncanya.

Allah..
Saya bermohon kepada Allah..
Memberi saya peluang untuk terus mengembirakan
dan membahagiakan orang lain..
Dan semoga saya tidak membuat orang lain sedih kerana saya..

Kerana sungguh..
Melihat orang lain tersenyum
Boleh menjadi satu kebahagiaan untuk kita..
Percayalah..

p/s: Moga moga orang disekeliling saya dan sesiapa saja terus tersenyum dan gembira hendaknya...

Tuesday, April 21, 2015

selidik dan teliti

Sebab tu kita...
Setiap kali dengar sesuatu perkara atau berita..
Selidik dan teliti dahulu...
Dengar dari semua pihak
Tidak adil untuk kita dengar daripada satu pihak
tanpa mendengar penjelasan pihak lain..  

Dengar, selidiki, teliti baru buat keputusan..
 
Jangan masuk campur perkara yang tidak penting
 dan tidak memerlukan kita untuk turut mencampuri..
Jangan banyak bersangka sangka..
Takut sangkaan kita itu sudah jadi fitnah..

Banyak hubungan silaturahim putus
hanya kerana dengan banyak sangkaan
Hanya kerana kita tidak mahu selidiki dan teliti..

Saya pun tidakla sebaik mana..
Saya juga masih dan masih mencuba..
Untuk tidak mencampuri urusan orang lain..
Cuba mendengar dari semua pihak..
Walaupun kadang kadang saya turut terbabas.
Menjadi 'judgemental' (menghukum)
Tanpa meneliti apa yang saya dengar.

ALLAH...
Sungguh lemahnya kita sebagai manusia..

Monday, March 30, 2015

dosa menggunung

Hati saya sebu dua tiga hari ni...
Dua tiga hari ini saya banyak merenung ke dalam diri..
Mengenang dosa dosa yg menggunung..

Terfikir fikir...
Andai Allah memanggil saya pulang..
Apakah amalan yang telah dilakukan untuk dipersembahkan kepadaNya..

Terfikir fikir apa yang saya lakukan sehari hari..
Terfikir fikir tidak pernah satu hari saya berlalu tanpa dosa

ALLAH...
Terfikir fikir layakkah saya mendambakan syurgaNya..
ALLAH...=`(

Friday, February 27, 2015

yang penting Allah redha

Dulu...
Kalau dulu...
Saya pernah kisah
Bagaimana saya di mata manusia...

Kadang kadang
Apabila ingin buat sesuatu..
Ingin cakap sesuatu..
Walaupun perkara yang baik..
Walaupun perkara yang benar
fikir 10 kali..
Takut orang tak suka...

Tapi apabila masa berlalu..
Kalau kita fikir apakata manusia..
Kita kena ingat
Kita takkan dapat semua hati manusia..
Pasti akan ada      
yang tak puas hati
Yang sakit hati
Yang salah faham
Walaupun niat kita lain..    

Akhirnya saya tahu...
Yang penting
Allah tahu niat kita..
Allah tahu hati kita..
Allah tahu tujuan kita..

Menyakiti hati orang lain adalah
perkara terakhir yang ingin saya lakukan..  
Namun kita takkan pernah nampak sempurna
di mata semua orang..  
Pasti tak semua orang akan setuju dan faham
Hati dan niat kita

Yang penting Allah tahu niat saya..
apa maksud hati saya...
Moga Allah redha dgn apa yang saya lakukan

Sunday, February 1, 2015

renung balik niat kita



Kita kata kita buat sesuatu kerana Allah...
Benarkah begitu?

Cuba renung balik...
Adakah kita sakit hati bila kita tak dinaikkan pangkat..    
Adakah kita sakit hati bila kerja kita tidak dihargai..      
Adakah kita sakit hati bila kita tidak dipuji..

Renung balik...                                
Kita kata kita ikhlas...                    
Tapi benarkah begitu?
Adakah kita pernah mengeluh dan merungut dengan pekerjaan yang dilakukan..
Adakah kita pernah culas dan malas..
 
Jom sama sama kita renungkan

Wednesday, January 7, 2015

kehidupan itu sendiri sudah meletihkan

Kehidupan itu sendiri sudah cukup meletihkan..
Untuk apa ditambah
rasa dengki, sakit hati, geram, marah, dendam dalam diri...
Ia hanya akan menambahkan
rasa penat dan lelah untuk melalui kehidupan..

Namun manusia..
Kadang kadang ego setinggi gunung.
Lupa..
Kadang kadang mengalah tidak bererti kalah..

Menjadi pemaaf itu agak sukar..
Memohon maaf terlebih sukar..
Tapi jangan lupa
Mungkin dengan satu kemaafan..
Menjadikan kehidupan itu lebih tenang...


-sabar, redha, syukur-


P/s: ilham dari pemerhatian
untuk satu kejadian yang boleh diselesaikan dengan perkataan maaf