Wednesday, December 31, 2014

Jangan mengeluh dengan kesusahan

Di dalam dunia ini
Allah mentakdirkan kewujudan orang kaya dan miskin bersebab...
Tinggal kita sendiri untuk berfikir dan memahami...

Saya bersyukur dilahirkan susah
kerana saya belajar mengerti apa makna kesyukuran...


Ada sesetengah orang yang dilahirkan untuk hidup susah,
berusaha untuk menjadi kaya...
Tapi dengan cara bagaimana
itu persoalannya...

Teladanilah kisah hidup Rasulullah s.a.w ketika dahulu...
Bagaimana Baginda menghadapi kehidupan..

Allah menjadikan orang miskin itu untuk bersabar...
dan yang kaya untuk bersyukur..

Jangan kerana kita miskin kita susah
kita memilih jalan hidup yang salah untuk mencapai kesenangan...
Apa gunanya kaya jika hidup tiada keberkatan..
Hidup di dunia tidak aman..Di akhirat apatah lagi...

Yang kaya dan berharta pula
jangan terlalu angkuh dan berbangga dengan kekayaan...
Ingat setiap harta yang kita ada akan diperhitungkan di akhirat nanti..

Alangkah indahnya jika tiada harta
tapi hidup sentiasa bersyukur dan cukup dengan apa yang ada
daripada kaya tetapi rasa tidak pernah cukup dan tidak tenteram..

Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah...
Masih ingat dulu masa kecil kecil..
jika ayah atau ibu membeli makanan
kami sentiasa bahagi sama rata agar semua orang merasa sama..

Sehingga sekarang,
Saya cuba untuk tidak pernah merungut dengan makanan atau apa sahaja..
Walaupun makanan tidak sedap atau ada yang tak berkenan macam mana sekalipun
saya cuba untuk tidak meluahkan atau mengeluh...
Kerana saya sudah biasa untuk cukup dengan apa yang ada...
Sekurang-kurangnya saya masih dapat makan....
Apa sangat yang saya lalui
jika dibandingkan dengan kehidupan yang Rasulullah s.a.w dan sahabat lalui pada zamannya.....



No comments:

Post a Comment