Wednesday, December 31, 2014

selamat tinggal 2014..selamat datang 2015..

2014..
banyak perkara berlaku..

Untuk malaysia..
tahun 2014 ujian besar buat malaysia..
moga rakyat malaysia terus tabah,,
mungkin ada sinar yang baik untuk tahun 2015..
banyakkan berdoa..


'ujian..
boleh menjadikan manusia lagi bahagia..
boleh menjadikan manusia lagi sengsara..
yang membezakannya..
adalah redha, sabar dan syukur'..

teruskanla kehidupan..
sesungguhnya dunia ini ujian buat kita..
sedih suka duka gembira
itu ujian..
jangan terus bersedih..
jangan terus berduka..
jangan terlalu gembira..

ucapkan
selamat tinggal 2014..
selamat datang 2015..
semoga sinarnya lebih terang.
mari sama sama buka buku baru..



Jangan mengeluh dengan kesusahan

Di dalam dunia ini
Allah mentakdirkan kewujudan orang kaya dan miskin bersebab...
Tinggal kita sendiri untuk berfikir dan memahami...

Saya bersyukur dilahirkan susah
kerana saya belajar mengerti apa makna kesyukuran...


Ada sesetengah orang yang dilahirkan untuk hidup susah,
berusaha untuk menjadi kaya...
Tapi dengan cara bagaimana
itu persoalannya...

Teladanilah kisah hidup Rasulullah s.a.w ketika dahulu...
Bagaimana Baginda menghadapi kehidupan..

Allah menjadikan orang miskin itu untuk bersabar...
dan yang kaya untuk bersyukur..

Jangan kerana kita miskin kita susah
kita memilih jalan hidup yang salah untuk mencapai kesenangan...
Apa gunanya kaya jika hidup tiada keberkatan..
Hidup di dunia tidak aman..Di akhirat apatah lagi...

Yang kaya dan berharta pula
jangan terlalu angkuh dan berbangga dengan kekayaan...
Ingat setiap harta yang kita ada akan diperhitungkan di akhirat nanti..

Alangkah indahnya jika tiada harta
tapi hidup sentiasa bersyukur dan cukup dengan apa yang ada
daripada kaya tetapi rasa tidak pernah cukup dan tidak tenteram..

Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah...
Masih ingat dulu masa kecil kecil..
jika ayah atau ibu membeli makanan
kami sentiasa bahagi sama rata agar semua orang merasa sama..

Sehingga sekarang,
Saya cuba untuk tidak pernah merungut dengan makanan atau apa sahaja..
Walaupun makanan tidak sedap atau ada yang tak berkenan macam mana sekalipun
saya cuba untuk tidak meluahkan atau mengeluh...
Kerana saya sudah biasa untuk cukup dengan apa yang ada...
Sekurang-kurangnya saya masih dapat makan....
Apa sangat yang saya lalui
jika dibandingkan dengan kehidupan yang Rasulullah s.a.w dan sahabat lalui pada zamannya.....



Wednesday, December 17, 2014

akal atau hati

12 tahun lalu..
Ustazah selalu cakap pada kami..
Jangan cakap orang jahat..
Jangan cakap orang teruk..
Perkataan itu doa..
Jangan jatuhkan hukuman kepada orang sesuka hati..
Dan sejak itu saya jarang sebut perkataan itu..

12 tahun berlalu..
Dan saya mula lupa akan nasihat itu...
Kalau dulu mungkin kurang faham..
Tapi sekarang saya faham dengan pesanan itu..

Bila kita kata orang jahat...
Bila kita kata orang teruk..
Dan sewaktu dengannya....

Tanpa sedar
Ada orang lain yang tengah perhatikan kita
Dan cakap perkara yg sama pada kita...

Dan cuba kita fikir...
Bila orang kata kita jahat.. kita teruk ...
Kita sedih..sakit hati..
Pernah tak fikir..
Itu kifarah kita kata pada orang...
Akhirnya apa yg kita kata patah balik pada kita..  

Kita tetap tidak sempurna...
Ada masa
apa yg kita rasa
kita cakap..Kita buat itu betul...
Sebenarnya salah...

Manusia memang lebih suka ikut hati daripada akal..
Kadang kadang hati no 1 akal no 2..
Bila dah guna akal baru tahu
Yang kita sebenarnya salah...


Kerana itu kita selalu dinasihati supaya
cakap dan bertindak menggunakan akal..
Tapi macam saya cakap..
Kita tetap tidak sempurna..

Tapi itu bukan alasan
Tidak berusaha untuk berubah


- peringatan untuk diri sendiri-

Tuesday, December 2, 2014

maksud hati

Kadang kadang akan terjadi
Apa yang ingin disampaikan disalah ertikan...  
Kadang kadang niat baik disalah ertikan sebagai niat buruk
Kadang2 apa yang dituturkan dengan tujuan yang baik
Menjadi buruk di pendengaran orang lain..
Kadang2 riak wajah..
Tidak mempamerkan niat hati..
Sehingga disalah ertikan
Mungkin niat di hati satu pihak lain
Tapi sampai ke hati satu lagi dalam keadaan lain
Pendek kata..
Biarlah kalau manusia tidak tahu..
Yang penting Allah tahu apa yang tersirat di hati..
Kerana soal hati hanya Allah yang Lebih Tahu