Monday, October 27, 2014

Watak jahat vs watak baik

Ini post pertama selepas Muharam 2014..


Semakin saya lama dalam dunia ini
Makin saya kenal dengan watak permainan manusia
Makin  saya perasan kewujudan watak berikut:

Ada sesetengah orang
yang suka jadi batu api
Atau dalam tanpa sedar jadi batu api
Suka tengok orang lain marah
Suka tengok orang bergaduh

Ada sesetengah orang
yang menjadi penghalang untuk orang buat baik
Suka tengok orang buat jahat
Dengki tengok orang berubah jadi baik

Ada sesetengah orang
mereka fikir mereka sedang bergurau
Tapi sedar atau tidak sedar
Gurauan itu tidak kena pada tempat
Gurauan itu menyakitkan hati

Ada sesetengah orang
Mereka rasa mereka lebih pandai daripada orang lain
Mereka rasa mereka lebih baik daripada orang lain
Mereka rasa mereka lebih bagus daripada orang lain

Ada bermacam watak jahat rupanya dalam dunia ini..
Rupanya bukan dalam cerita atau drama sahaja..
Dan watak jahat inila yang menghalang orang lain
untuk berubah..
Yang membantutkan keinginan orang lain untuk berubah

Saya  antara salah satu antara mereka
Yang berjuang untuk menjadi manusia yang lebih baik
Yang kadang kadang kalah dengan watak jahat ini..

Betul..
Jalan ini payah..
Kadang kadang rasa macam nak menangis
Bila mengenangkan
'susahnya nak menjadi yang lebih baik'
Tapi bukankah watak baik itu selalu akan menang
Dengan 'ending' yang baik
Selepas melalui jalan yang sukar itu..
=')

Sunday, October 19, 2014

entry

Dah lama tidak menulis..
Mungkin kerana terlalu 'sibuk' dengan isu duniawi
Menghalang diri ini menulis 'entry' baru

Tambahan pula
Diuji dengan ujian keikhlasan..
Diuji dengan ujian istiqamah..

Maafkan saya..
InsyaAllah..
Saya akan kembali aktif tidak lama lagi..
Sedang mengumpul kembali
Semangat dan kekuatan..
=`)