Wednesday, August 20, 2014

diam bila marah

Ada masa
rasa macam nak tampar je mulut sendiri
bila terlepas kata
Terutamanya bila marah..

Bila marah
rasa macam laju je kata-kata keluar
Tanpa fikir panjang baik atau buruknya..

Bila dah habis keluar semua kata kata
baru rasa macam menyesal..

Betul kata pepatah
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kata buruk padahnya.

Dan saya ada masanya
Susah nak kawal emosi bila marah
Masalahnya bila dah habis marah
baru nak fikir
'betul ke apa yang aku cakap tadi'

Dan kerana itu
Lebih baik diam bila marah
Supaya  tak banyak yang sakit hati
Tak banyak hubungan terganggu
Dan kita pun tak menyesal tak sudah

Dan saya masih belajar
Memang susah melalui jalan untuk jadi baik ini..
Tapi saya kena berusaha
='(

Monday, August 4, 2014

ragam manusia

dalam hidup..
kita akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia..
yang kadang kadang boleh buat kita tersenyum
yang kadang kadang rasa macam nak gelak
yang kadang kadang boleh buat kita marah
yang kadang kadang boleh sakitkan hati

yang kadang kadang boleh buat kita rasa 'malas nak layan'
yang kadang kadang boleh buat kita fikir
'aduhai wujud juga manusia macam ni'
yang kadang kadang boleh terdetik dihati
'apa yang dia ni nak sebenarnya'

tapi itu hukum kehidupan..
ujian hidup namanya..
untuk tambah perisa
manis pahit masin masam kehidupan..

ada masa rasa macam
'aduh ini sudah hilang sabar
aduh ini nak kena tarbiah ni'

tapi lebih baik..
senyum..
tak perlu kata apa-apa
senyum
jangan kata apa-apa
senyum..
tak boleh senyum..
diam..
=)

sungguh ada masa
ini lebih baik..
boleh menyelamatkan keadaan
boleh menyelamatkan banyak hubungan..
kerana fitrah hidup..
ragam manusia itu berbeza

Bila kita marah

Bila kita marah..
Kita ada pilihan..
Sama ada
untuk terus melampiaskan rasa marah..
atau berdiam diri menahan sabar di hati..
atau untuk tersenyum

Saya lebih banyak memilih pilihan kedua
apabila saya marah..
Jalan selamat untuk tidak mencentuskan pergaduhan
Walaupun tidak mudah
Tapi sekurang kurangnya ia lebih senang
Daripada tersenyum bila marah..
Kerana saya masih tidak berada di tahap itu..