Tuesday, July 1, 2014

orang yang hebat

"orang yang hebat ialah 
orang yang mampu tersenyum apabila disakiti..
orang yang hebat ialah 
orang yang mampu tenang apabila marah"

dan kriteria itu ada pada ibu saya
yang tidak ada pada saya..
dan saya masih belum mampu
untuk berada di tahap itu...

Belajar dan terus belajar
Untuk sampai ke tahap itu..
Kerana tidak mudah melalui ujian kehidupan

Dan saya tetap kagum dengan ibu saya..
Bagaimana dia menangani perasaannya sebegitu rupa..
Mungkin kerana itu hidupnya sentiasa tenang
Walaupun kadang-kadang
ada tohmahan
ada ranjau
ada duri
dalam laluan perjalanan kehidupannya..

Dan dia tetap ibu yang terbaik untuk saya..
Yang tetap saya kagumi..
Yang tetap memberi saya inspirasi
Untuk saya lebih dewasa dalam kehidupan saya...

p/s:
tulisan ini saya tulis tanda terima kasih kepada
ibu saya kerana menyejukkan hati saya
yang sedang marah dan terluka..
Hanya dengan sedikit kata-kata
Air mata bertukar kepada senyuman..
Thanks mom..You're the best mom ever...