Sunday, June 15, 2014

tribute untuk hari bapa...

Ada orang tanya saya bila hari bapa..
Hari yang tidak pernah saya sedar kewujudannya..

sehinggala saya berada di universiti..
Namun saya tidak berkesempatan untuk menyambut hari bapa
kerana ayah pergi dulu pada tahun yang sama..

Dan jawapan saya..
Ada apa dengan hari bapa..
Untuk saya yang sudah kehilangan ayahnya..

i miss my father so much.....
9 tahun...
Tapi perasaan ini tetap sama.
rindu ini tetap tak akan hilang..

Ayah...
adanya dia dan tak adanya dia..
Tetap menjadikan dunia kita berbeza..
Tetap menjadikan kehidupan kita berbeza...
Hilangnya dia ibarat hilangnya pelindung kita..
ibarat patahnya dahan tempat berpaut..

Ayah...
Cara dia menunjukkan kasih sayang berbeza..
Kerana dia ketua keluarga..
Namun hati ini tetap merasai
Kasih dan sayang seorang ayah
Dalam caranya yang tersendiri

Kerana itu
Rindu ini tetap takkan hilang..
Tempatnya di hati ini istimewa..
Tetap istimewa walaupun dia tiada lagi..
Tiada siapa yang bisa menggantikan tempatnya..
Walau apapun cagarannya..






No comments:

Post a Comment