Wednesday, May 21, 2014

Sakit hati

Pernah tak sakit hati bila kita melihat atau mendengar
tingkahlaku atau kata kata
Yang menyakitkan hati kita..
Walhal orang itu bergurau atau bercakap benar

Jika tidak anda tidak pernah kecil hati atau sakit hati..
Good job...
Anda berjiwa besar..
Kerana orang yang mudah berkecil hati itu kerana
hatinya kecil..
(Dan saya juga termasuk dalam orang berhati kecil)
=)


Dan perasan atau tidak
Hati bila sakit..
Mampu membuatkan kita berfikir bukan bukan
Hati bila sakit..
Mampu menghilangkan kepercayaan
Hati bila sakit..
Mampu mengeruhkan hubungan
Hati bila sakit..
Mampu menghilangkan senyuman
Hati bila sakit..
Mampu menghilangkan keikhlasan
                                                       
Alangkah begitu sekali kesannya bila sakit hati

Maka kerana itu..
Tutur kata dan tingkahlaku perlu dijaga.
Untuk mengelakkan ada hati yang sakit.
Sama ada sedang bergurau atau berkata benar..
Walaupun kata kata dan tingkahlaku tak melambangkan niat..            
Kerana bukan semua orang boleh memahami niat
dan maksud yang tak nampak di mata....
Ramai orang boleh salah sangka
dengan hanya kata kata dah tingkahlaku...
Kerana itu yang nampak di mata


-belajar tanpa henti-

Saturday, May 10, 2014

tribute untuk hari ibu

Kita...    
Apa apa yang menyebut mengenai ibu boleh mengundang air mata..  
Saya pasti..
Semua orang akan rasa satu perasaan halus dan tersentuh
setiap kali disebut nama ibu atau ayah..
Tidak percaya..
Cuba..
   
Ibu..  
Apabila ada yang menyakiti hati ibu saya,
saya juga akan turut merasa sakitnya..
Saya percaya anda juga begitu..

Cuba tanya dalam diri..
Kita sendiri..
Dalam sedar atau tidak sedar
Pasti ada kita menyakiti hati mereka

Ibu..
Apabila kita memerlukan mereka..
Mereka tak pernah kata tak untuk kita..
Kita sendiri...
Bagaimana kita melayan mereka

Kita..                                  
Apabila mak telefon kita..
Bila mak tanya kenapa lama tak call
Kita kata kita busy..
Bila mak tanya
Bila nak balik kampung          
Kita kata kita banyak kerja
Bila mak kata mak nak pakai duit
Kita kata mak duit yang saya bagi haritu tak cukup ke?  
Bila mak kata mak tak sihat
Kita kata esok esok baikla tu...

Kita..
Manusia jarang menghargai
Perkara di depan mata..
Kita hanya akan merasai
Apabila kita kehilangan..
Selagi berkesempatan..
Berbaktila..
Mereka banyak berkorban untuk kita  
Kita
Takkan tidak boleh sedikit cuba berkorban untuk mereka...        

Mak
Dia takkan cakap dia rindu..
Dia takkan cakap sebenarnya
Dia nak dengar suara kita
Nak lihat wajah kita...          
Anak yang dulu dia kandung 9 bulan..
Yang dia susu selama 2 tahun    
Yang dibesarkan dan dijaga sehingga dewasa  

Kita takkan mampu membalas..
Berapa banyak air mata yang tumpah untuk kita
Berapa banyak keringat yang keluar untuk kita
Berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan...Dan mereka tidak pernah minta kita membalasnya...  
Yang mereka inginkan hanya kasih sayang
Yang mereka inginkan hanya doa


-dari seorang anak yang banyak dosa pada ibunya..
Saya sayang ibu..
Saya pasti anda juga-