Saturday, April 5, 2014

My Trip to Korea D-2 Itaewon Street, Seoul Sentral Masjid



Waktu petang kami dibawa ke Itaewon street.
Menurut tour guide kami,
Muslim tidak ramai di korea..
Hanya 0.1%.
Dan kebanyakannya tinggal di Itaewon.
Kerana itu banyak kedai makan halal  di Itaewon.
Dan terdapat masjid di sini dan ia adalah satu satunya masjid di Seoul.

'Seriously',
Suhu semakin menjelang malam semakin sejuk..
Kalau ada sarung tangan masa ini sangat bagus.
Kalau tak memang anda akan kesejukan.

Kami diberi masa untuk berjalan-jalan di Itaewon Street.
Untuk pengetahuan, kebanyakan peniaga di sini boleh berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris...
Mungkin kerana terdapat pelancong di sini..
Di sini anda boleh membeli pelbagai barang atau cenderamata
Harga boleh dibincang..






Selepas itu kali ini 'dinner' kami adalah di Little India.


Selepas makan kami dibenarkan untuk ' bershopping' lagi.
Tapi kami mengambil kesempatan untuk singgah di 
Seoul Central Masjid
Terasa kagum melihat masjid di bandar Seoul ini.




Terserempak dengan beberapa 'student' Malaysia.
Berjumpa dengan warganegara sendiri di tempat orang,
Kami berbalas senyuman dan salam
Terasa ukhuwah di situ...

Kebetulan kami sampai adalah waktu Maghrib,
Sempat lihat ada beberapa orang Korea juga bersolat di sana.
Terasa terharu melihat ada orang Islam di Korea
Perasaannya indah sekali.
Sukar untuk digambarkan.
Tapi kami tidak berkesempatan untuk bersolat di situ,
kerana terpaksa pulang ke hotel.

Selepas penat menjelajah kami balik ke hotel.
Tetapi yang masih larat untuk berjalan jalan,
Boleh berjalan di sekitar hotel..
Kerana di sekitar hotel yang kami tinggal banyak
kedai untuk mereka yang suka ber'shopping'
atau boleh saja 'window shopping'.

Untuk setakat ini cerita untuk Day 2.


Untuk cerita sebelum ini, klik:
My Trip To Korea D-2 Seoul World Cup Stadium


No comments:

Post a Comment