Wednesday, April 9, 2014

My Trip to Korea D-3 Gyeongbokgung Palace, Namdaemun Market, Jump show

Gyeongbokgung Palace ini terletak bersebelahan
The National Folk Museum.
Ia adalah istana yang digunakan oleh maharaja
pada zaman dahulu
















Selesai kami melawat kawasan istana ini,
kami 'lunch' di sebuah restoran.
Hari ini tema makanan kami adalah ikan.
Tapi saya lupa untuk 'snap' gambar.

Hari ini kami solat di tempat makan kerana
tiada ruang untuk bersolat di sini.
Tapi apapun Alhamdulillah, dibenarkan
untuk bersolat di sini.




Selepas itu kami ber'shopping' di Namdaemun Market.
Kawasan  ini sangat sibuk terutama sekali hujung minggu.
Ala pasar malam kalau di Malaysia.
Kalau dapat digambarkan ala macam jalan masjid india pada musim raya.
Terlalu padat dengan orang.

Tapi barang di sini murah.
Dan semua barang ada dijual di sini.
Kebanyakan peniaga di sini boleh berbahasa Inggeris.
Yang paling kelakar  mereka ingat kami dari Thailand.
Tidak banyak gambar diambil di sini kerana tangan penuh dengan
Barang dan kawasan ini terlalu ramai orang sampai terlupa untuk
bergambar.

Kami 'dinner' di kawasan ini juga.
Dan selepas makan malam,
kami dibawa menonton 'jump show'

Apa itu 'jump show'
Ia adalah satu teater tidak bersuara.
Tapi,
Persembahannya sangat menarik.
Jika berkesempatan, saya ingin menontonnya
sekali lagi.

Apapun jadual kami sangat padat hari ini. 
Setelah selesai kami menonton teater ini,
Kami pulang ke hotel.

Untuk cerita day 4,

untuk cerita sebelumnya, sila klik:







No comments:

Post a Comment