Tuesday, April 22, 2014

Berhenti sejenak

Sepanjang hidup...
Ada masa...
Kita kena berhenti sejenak..
Bersendirian...
Berdiam diri..
Muhasabah diri..  
 
Dalam sedar atau tidak sedar
Dalam sengaja atau tidak sengaja                            
Berapa banyak daripada kata kata kita
yang telah menyakitkan hati orang lain..
Berapa banyak perbuatan kita
yang telah menyinggung perasaan orang lain.

Saya...awak..dia..mereka..
Kita semua tidak sempurna...
Akan ada masa
Kita tersalah kata..
Kita tersalah laku..
Kerana kita tidak sempurna....    

Saya...
maafkan saya andai ada yang tersinggung dan terluka..
Hari ini atau semalam          
Kerana saya manusia biasa yang tidak sempurna. ..
-masih belajar-

Monday, April 21, 2014

kosong...

Kosong..
ini puisi..puisi kosong

Ku pandang ke luar jendela..
Ah, mereka begitu sibuk
Jalan laju-laju..
Lari laju-laju..
Bergerak laju-laju..

Ke mana mahunya mereka?..
Apa yang dikejar mereka?..

Senja sudah merangkak ke gelita..
Tapi mereka masih di situ..
Di lebuh raya itu..

Apa yang dicari mereka?
Apa yang diinginkan mereka?

Fikiranku kosong lagi..
Keliru dalam kesibukan..
Aku di sini..
Tetap di sini..
Memerhati...
Berfikir..
Apa sebenarnya yang berlaku..

Thursday, April 10, 2014

My Trip to Korea D-5 DMC (Digital Media City) - last day

Hari ini adalah hari terakhir kami di bumi Korea.
Sedih untuk meninggalkan Korea..
Ada sebabnya kenapa.
Akan saya ceritakan di entry yang lain.

Hari ini sebelum kami ke airport,
kami dibawa ke DMC
Digital Media City.
Ia adalah bandar teknologi di Seoul.
Di sini juga tempat artis Korea selalu hadir untuk 'Music Festival'
Berhampiran dengan bangunan SBS
Tapi kami tak ada bertemu dengan mana mana
artis Korea di sini.

Kami dibawa melawat ke Digital Pavillion.
Sempat saya 'snap' beberapa gambar di bawah















Selesai kami di sini,
Kami makan tengahari dahulu sebelum ke 'airport'.
Hari ni 'lunch' kami adalah Korean noodle.
 Selepas 'lunch' kami terus ke airport.


Flight kami lebih kurang pukul 4 petang.
Maka berakhirnya cerita kami di Korea.


Setakat ini sahaja gambar untuk 'trip' ke bumi korea
yang dapat saya 'upload'.
Gambar lain, adalah personal bagi saya.
Jadi, untuk gambar setakat ini sahaja

Jangan risau,
akan ada beberapa siri lagi mengenai Korea yang
akan saya ceritakan di lain 'entry'.
Ada beberapa cerita unik yang saya ingin kogsikan.
Tapi mungkin di lain masa.

Untuk cerita sebelumnya, boleh klik:
My Trip to Korea D-4 Namsan Seoul Tower

sekian, trip saya ke korea kali ini.

My Trip to Korea D-4 Namsan Seoul Tower

Selepas puas ber'shopping' dan jalan jalan di Dongdaemun,
Kami ke Namsan Tower
Kami pergi ke sini pada hari Ahad.
Maka memang hari ini memang sangat ramai pengunjung
Kerana ia adalah hujung minggu di sini.

berikut beberapa gambar yang sempat saya 'snap'
Tapi kami tidak sempat naik ke Seoul Tower.
Kerana kesuntukan masa.
 tau tak gambar di atas ni tengah buat apa?
ini adalah bas itu dalam proses 'charging'..
menarikkan..sebab tak ada kat Malaysia.

















di bawah ini ada beberapa gambar..
kononnya tanda cinta bagi orang Korea..
Tapi bagi saya tempat ini sudah hilang istimewanya.
Tempat yang istimewa,
Tidak akan lagi jadi istimewa jika terlalu
ramai orang yang sudah berada di situ.










itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda.
Selesai kami melawat Namsan Seoul Tower ini,
Kami 'dinner' di satu kedai yang berhampiran
dengan hotel. 'Dinner' kali ini, kami makan
noodle.

Cerita Day-4 berakhir setakat ini.
untuk Day 5, sila klik:
My Trip to Korea D-5 last day : DMC (digital Media City)

untuk cerita sebelumnya,
sila klik:
My Trip to Korea D-4 Dongdaemun Market

Wednesday, April 9, 2014

My Trip to Korea D-4 Dongdaemun Market

Selepas 'lunch' di Insadong,
Kami dibawa ke Dongdaemun Market
Kawasan ini lebih moden kerana terdapat
banyak pasaraya di sini.
Dan di sini juga terdapat banyak
'money changer' bagi mereka yang ingin
menukar duit.

Saya tidak memilih untuk 'shopping'
kerana sudah banyak barang yang dibeli.
Kami megambil kesempatan untuk berjalan di
Cheonggyecheon (Stream). 

 
 

 
 

 airnya sangat jernih dan sejuk
 

Ia adalah sungai yang terdapat di tengah tengah
bandar Seoul.
Ia telah diubahsuai untuk menjadi salah satu 
projek tarikan pengunjung.
Kalau berkesempatan, silala ke sini pada waktu 
malam kerana ia lebih cantik dengan dihiasi lampu
lampu dan pemandangan yang indah.

Sungai ini panjangnya lebih kurang 11km dengan
dibahagikan kepada 22 (bridge) jambatan. 
Setiap jambatan ada keunikannya yang tersendiri.

Saya tidak berkesempatan untuk menyusuri kesemua
laluan di sepanjang sungai ini.
Saya hanya pergi ke sungai di kawasan Ogansugyo Bridge
yang berhampiran dengan Dongdaemun Market.
Kalau berkesempatan saya ingin menyusuri sungai ini untuk
melihat keistimewaannya








yang menariknya ada itik yang berenang-renang
dalam air yang sejuk begini


















Selain itu sempat juga saya rasa banana milk ini.
Ini adalah minuman yang harus diminum bila
kita datang ke korea. Sedap..

 


















Selepas selesai ber'shopping',
kami ke Namsan Seoul Tower.
Untuk ceritanya sila klik:
My Trip to Korea D-4 Namsan Seoul Tower

untuk cerita sebelumnya,
sila klik:
My Trip to Korea D-4 Insadong Market