Wednesday, March 12, 2014

keangkuhan

hari ini..
ada seseorang yang menyedarkan saya..
Ini bukan pertama kali..
Saya tersedar daripada kekhilafan 
melalui kata kata yang keluar dari mulut orang lain..
Tapi kali ini saya ingin berkongsi..


Hari ini Allah mengizinkan saya berbual 
dengan seseorang..
Yang apabila saya mendengar sepatah kata katanya
Membuatkan hati saya tersentak dan tersedar..
'Saya telah melakukan suatu kesilapan:..
Saya telah berlaku sombong terhadap diri sendiri'

Akhirnya saya terlupa..
sabar, redha, ketenangan itu milik Allah..
Kurniaan kepada hambaNya yang terpilih
Tidak semua orang mampu untuk milikinya..
Allah boleh memberikan kepada siapapun..
Dan Allah boleh menarik balik kurniaanNya itu..
Dan saya telah terlupa...
Kerana keangkuhan saya sendiri..
Ampunkan saya Ya Allah..

Kita..
Tanpa sedar kadang-kadang merasakan
Tingkahlaku dan kata-kata kita sempurna
Tanpa sedar kita angkuh dan sombong..
Dengan diri kita sendiri..

Terima kasih Allah kerana menghantar seseorang..
Untuk menyedarkan diri yang angkuh dan sombong ini..

No comments:

Post a Comment