Sunday, March 30, 2014

My trip to korea D1 Nami Island



Alhamdulillah..
Perjalanan pergi dan balik saya ke korea berjalan dengan selamat.
Pada mulanya perasaan berdebar debar untuk naik flight itu ada..
Kejadian MH370 baru saja berlaku seminggu..
Saya pasti sesiapa pun yang bercadang  untuk naik flight pasti
Akan rasa takut dan risau..

Kami sampai pukul 7.10 pagi..


Saya pergi ‘under’ pakej.
Suhu bila keluar dari aiport baru terasa sejuk..
Sejuk dia...memang sejuk...2 kali ganda aircond..
8 cel cius..
Tapi sebab dah pakai warmer (long john).. Tak terasa sangat sejuk..
Untuk saya cukup pakai warmer, T-shirt dan sweater..

Sampai saja kami terus mulakan perjalanan..
Tempat pertama kami pergi adalah nami island...

Kami singgah di Nami Ok untuk makan tengahari terlebih dahulu..

makanan di bawah ini adalah makanan pertama saya di korea.
Ia dimakan sekali dengan nasi, kimchi, sup dan sayuran lain
                               
Alhamdulillah..kami solat di restoran tersebut juga. 
Ada juga tempat untuk bersolat walaupun
Kami  perlu ambil wuduk dalam toilet..

Selesai solat dan makan, 
kami bergerak ke Nami Island.
Memang sangat ramai pelancong di Nami Island..
Kami menaiki bot ke Nami Island














 












 































Musim yang kami datang adalah musim peralihan..
Musim sejuk ke musim bunga
Maka bunga masih belum ada..
Baru tumbuh pucuk baru.






















Tapi apapun tetap best ke nami island..
Dan kami  sudah memasang angan angan untuk ke sini lagi.
InsyaAllah one fine day...

Selepas itu kami bertolak balik ke Seoul...
Untuk check in..
Sebelum itu kami singgah makan di itaewon..
Sebuah kedai Pakistan..
Terasa macam berada di Malaysia bila dapat makan
makanan Arab ni..
Tapi lupa nak snap gambar untuk kedai ni..
Maaf. Mungkin sebab dah terlalu lapar sampai terlupa..
 



Selepas makan kami ke hotel untuk check in..
Dan jalan-jalan kami hari pertama untuk setakat ini..
Sebab dah tak larat..

Ok untuk Day-2 sila klik link berikut:


p/s: ada lagi gambar yg tak di'upload'..sebab saya rasa ia personal..maaf...

Thursday, March 27, 2014

my respect to a man

maafkan saya jika coretan ini tersalah bicaranya..
namun saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenainya..
Bukan kerana dendam atau marah.
 
My respect to a man depends on how they treat a woman..

Saya tidak akan menghormati seorang lelaki
yang tidak menghormati seorang perempuan..

Lelaki yang baik bagi saya akan menjaga seorang perempuan
Dan tahu mereka apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan
terhadap seorang perempuan

Lelaki yang baik
tidak akan menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya
Lelaki yang baik 
akan menjaga jarak hubungannya dengan seorang perempuan..
Lelaki yang baik 
tidak akan menyentuh hati seorang perempuan 
jika dia tidak berniat untuk menyunting perempuan tersebut..
Lelaki yang baik 
tahu bahawa hati perempuan mudah tersentuh...
Lelaki yang baik 
tidak akan mengambil kesempatan terhadap lemahnya seorang perempuan.

Saya takkan pernah berkompromi dengan perkara ini...


Saya menghormati seorang lelaki 
yang menghormati seorang perempuan.
Tapi saya tidak akan menghormati lelaki 
yang tidak tahu menghormati seorang perempuan.
Walau atas alasan apa sekalipun.

Wednesday, March 12, 2014

keangkuhan

hari ini..
ada seseorang yang menyedarkan saya..
Ini bukan pertama kali..
Saya tersedar daripada kekhilafan 
melalui kata kata yang keluar dari mulut orang lain..
Tapi kali ini saya ingin berkongsi..


Hari ini Allah mengizinkan saya berbual 
dengan seseorang..
Yang apabila saya mendengar sepatah kata katanya
Membuatkan hati saya tersentak dan tersedar..
'Saya telah melakukan suatu kesilapan:..
Saya telah berlaku sombong terhadap diri sendiri'

Akhirnya saya terlupa..
sabar, redha, ketenangan itu milik Allah..
Kurniaan kepada hambaNya yang terpilih
Tidak semua orang mampu untuk milikinya..
Allah boleh memberikan kepada siapapun..
Dan Allah boleh menarik balik kurniaanNya itu..
Dan saya telah terlupa...
Kerana keangkuhan saya sendiri..
Ampunkan saya Ya Allah..

Kita..
Tanpa sedar kadang-kadang merasakan
Tingkahlaku dan kata-kata kita sempurna
Tanpa sedar kita angkuh dan sombong..
Dengan diri kita sendiri..

Terima kasih Allah kerana menghantar seseorang..
Untuk menyedarkan diri yang angkuh dan sombong ini..