Sunday, February 16, 2014

stigma

stigma.."patutla anak dia macam tu dah ibubapa macam tu"...
Atau "macam mana anak dia nak baik kalau mak ayah
macam tu" atau
"Kalau dah ibubapanya begitu..anak anaknya pasti begitu"
Saya tak terima 100 peratus..
Says tak tolak 100 peratus...

Bagi saya...
Mak ayah jahat tak semesti anaknya jahat
ayah baik belum tentu anaknya baik..
Iman tak diwarisi...
Kejahatan boleh diubah..

ALLAH kurniakan kita akal fikiran..
Allah beri petunjuk pada org Dia ingin beri petunjuk..
Bila kita dah capai umur akil baligh kita sepatutnya
Dah boleh fikir buruk baik sesuatu

Sama juga dengan jika..                  
Hari ni dia baik..belum tentu akan datang dia dpt
mengekalkan kebaikann.
Hari ni dia jahat..esok lusa mungkin dia berubah..
     
Tapi bonusnya
jika permulaan kita baik..
kalau kita tersalah mungkin kita cepat sedar
Dan baiki apa yg salah ...

Sudah tentu ibu bapa asas penting dlm sesebuah
keluarga..
Ibu bapa yg membentuk jati diri anak mereka

Tapi kita kena ingat...
Pokok pisang..benihnya bagus..
Ditanam bagus..tapi kita tak dapat jangkakan
secantik mana ia akan berbuah..
Tugas kita adalah menjaganya..

Jangan lupa
Biji rambutan yang dibaling begitu saja pun
Tiba tiba boleh tumbuh menjadi pokok..
Dengan izinNya...

Maka jangan dihukum seorang anak itu hanya
kerana kesalahan ibubapanya..
Jika anak itu ingin berubah..
Maka kita berhak membantunya..

P/s: inspirasi dari satu cerita yang saya rasa
Tak adil kita menghukum mereka atas
Kesalahan orang lain


No comments:

Post a Comment