Thursday, December 12, 2013

antara fantasi atau realiti


antara realiti dan fantasi..
mana kita mahu hidup?

dalam hidup..
kita boleh memilih..
untuk terus dengan fantasi kita..
ataupun untuk menempuh realiti di depan kita..

Fantasi itu indah tapi ia penuh kepalsuan
Realiti itu pahit tapi ia adalah kebenaran..
Tapi sepahit mana pun realiti penghujungnya pasti ada keindahan..
Seindah mana pun fantasi tapi sampai masa kita akan sedar..
ianya memenatkan dan melelahkan..

saya memilih realiti..
Walaupun sepahit mana pun realiti
Walau semanis mana pun fantasi
apabila kita sedar
fantasi itu bukan realiti
sakitnya tidak sama apabila kita memilih untuk menempuh realiti..


Pilihan di tangan kita..
ianya jelas
Untuk memilih fantasi atau realiti
Hidup jangan terusan dalam mimpi..
Bila kita terjaga kita sudah tua..
Untuk kembali memperbaiki apa yang telah kita lalui..
Masa tidak akan menunggu kita untuk membuat keputusan
Untuk kita berada di bahagian mana..



p/s: untuk saya yang tiba tiba sentimental..

No comments:

Post a Comment