Monday, November 25, 2013

Saat matlamat diletakkan

Di lewat tengahari itu..

Pandanganku singgah di laman itu..
Aku menatap kosong..
Hatiku kosong..

Namun seperti ada suara yang menyapa..
Ini yang terbaik...
Jangan takut untuk terus melangkah..
Sejenak ku tersedar..


Ya Allah...
Hati ini sayu dan pilu..
Berdosanya aku kerana begitu cepat mengalah
Dalam langkahanku kepadaMu...
Berdosanya aku kerana merasakan jalan ini jauh...

Setiap kali aku jatuh dalam langkahan ini,
Setiap kali aku lupa Kau ada di sampingku,
Setiap kali aku mengikut perasaan dan hatiku..
Setiap kali aku tersalah arah dalam perjalanan ini..

Kau sentiasa meluaskan tanganMu...
Kau sentiasa bersedia untuk menerima aku...
Sentiasa bersedia menyambutku..

Sungguh..
langkahan ini terlalu payah..
Kerap kali aku jatuh tersungkur..
Kerap kali aku tersesat arah..
Kerap kali hati dan perasaan mendahului akal fikiran..
Kerap kali aku lupa Kau mengetahui apa yang tersembunyi dalam hatiku...

Namun aku tidak patut terus mengalah..
Harus segera bangkit selepas tersungkur..
Jalan harus diteruskan..
Saat aku meletakkan matlamat..
Tiada istilah patah balik..
Kerana jarum jam yang bergerak tidak akan berpatah balik...


No comments:

Post a Comment