Tuesday, October 22, 2013

persoalan itu terjawab

Akhirnya persoalan saya terjawab..
Walaupun jawapan itu tidak muncul dalam keadaan yang saya suka..
Tapi saya tahu ianya adalah yang tebaik untuk saya..
Alhamdulillah Ya Allah..
Sekurang-kurangnya saya tidak perlu menunggu terlalu lama untuk jawapan itu...
Walaupun ia agak mengecewakan saya
( i was crying for this small things.......tapi saya patut kuat)
Saya redha..
Allah ingin memberi saya yang lebih baik...
Saya percaya itu...
 Kepercayaan dan keyakinan saya melebihi segala galanya....

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jua yang mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahui     - Al Baqarah: 216

Ada ketika kita mohon Allah tunjukkan jalan..
mana satu jalan yang harus kita pilih..
Bila Allah tunjukkan satu jalan kita bising kerana kita kata jalan itu bukan jalan yang kita mahu..
Kenapa kita harus memohon ditunjukkan jalan jika kita tidak mahu menerima jawapannya

Percayala apa yang Allah tentukan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita...
Mungkin kita tak nampak apa hikmahnya untuk waktu sekarang..
Tapi tiba masanya nanti kita akan sedar
Kadang kadang tanpa kita sedar Allah dah lama tunjukkan kita jalan..
Tapi kita sendiri yang tak sedar atau tak nak sedar\

Redha itu kewajipan kita..
Bersyukurla dengan banyaknya perkara yang kita inginkan yang telah Allah kurniakan kepada kita..
Bersyukurla dengan banyaknya nikmat yang Allah limpahkan kepada kita...

Ya Allah ...
Aku redha Ya Allah...
Kuatkan keimananku terhadapMu atas segala cubaan dan ujianMu..
Penuhi hatiku dengan kesabaran dan ketabahan...
Sesungguhnya...Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku..

No comments:

Post a Comment