Wednesday, August 28, 2013

Kerana mulut badan binasa


Saya kadang kadang selalu terlepas cakap 
yang kadang kadang menyinggung perasaan orang lain...

Kerana itu kata pepatah itu betul..
‘Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya’
Kerana itu diam sebenarnya lebih baik daripada bercakap banyak..
Kadang kadang bila banyak sangat bercakap,

tanpa kita sedar apa yang kita cakap...
walaupun satu patah perkataan..
telah menyakiti hati orang lain..
walaupun kadang kadang tanpa niat..

Ayat yang sama dgn nada yang sama dgn intonasi yang sama..
Mungkin bagi sesetengah orang tidak memberi kesan..
mungkin bagi kita ayatnya biasa biasa saja..
tapi sensitif bagi sesetengah orang lain...

Tanpa kita sedar salah faham muncul
tanpa sedar rupanya ada orang terasa hati..
tanpa sedar kata kata kita melampaui batas..
tanpa sedar bertambah lagi catatan amalan buruk kita..

maka kerana itu kita kena berhati hati dengan apa yang lidah kita tuturkan..
Ukhuwah boleh putus hanya dengan kata kata
Senyuman boleh hilang hanya dengan sepotong ayat..
Dendam boleh muncul hanya dengan sepatah kata kata

p/s:
Saya juga antara orang yang kadang kadang sering tersalah kata..
Yang kadang kadang tidak pandai mengawal intonasi suara..
Yang tidak pandai menyusun kata kata..
Yang kadang kadang tanpa sedar menyakiti orang di sekitar saya..
Yang masih belajar mengawal kata kata..
yang kadang kadang tewas dengan marah dan terburu buru dalam berkata kata
dan saya masih belajar...

Wednesday, August 21, 2013

Jika kita rasa.....


Kadang-kadang kita perasan kita bagus daripada orang lain..
Bila ditegur sikit mulala sentap...
Kadang-kadang kita perasan kita lagi susah daripada orang lain
Sedih, mengeluh...tak ingat duna sekeliling...
Kita lupa ramai lagi manusia yang lebih daripada kita...
Kita lupa

“Jika kita rasa kita baik, ada orang yang lebih baik daripada kita..
Jika kita rasa kita susah, ada orang yang lebih susah daripada kita..
Jika kita rasa kita senang, ada orang yang lebih senang daripada kita
Jika kita rasa kita sedih, ada orang yang lebih sedih daripada kita
Jika kita rasa kita kekurangan. ada orang yang lebih kekurangan daripada kita..”

Jika kita ingat perkara ini...
jika kita rasa macam tu dan macam ni..ingat ada orang yang lebih macam tu dan macam ni daripada kita..
Maka kita akan dapat mengurangkan rasa ujub dalam diri kita..
Maka kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada..

-peringatan untuk diri sendiri...yang kadangkala lupa... -