Tuesday, July 23, 2013

Tribute untuk ayah.....

Ini cerita yang saya simpan sikit untuk hari ini..
berlaku minggu lepas..perbualan dengan seorang pt...

Pakcik X: Pakcik puasa seorang je tahun ni...isteri dah tak ada..(nada sayu)
Saya: Pakcik tinggal seorang je ke? Anak cucu duduk jauh ke?
Tak ada ke yang tinggal dengan pakcik?
Pakcik X:  (Menggeleng)....Semua duduk jauh
Saya: Tak apalah pakcik...Raya nanti mereka balikkan...
Pakcik X: entahla...balik kot (nada sayu lagi)
Saya: (dalam hati, kenapa kot? mungkin pakcik tak pasti (sangka baik))
Terus teringat dekat mak kat kampung...
Memangla sekarang masih ada adik adik sebagai peneman.
Tapi macam ni ke nanti mak bila semua dah kerja..dah kahwin..

Kepada mereka yang jauh dari ibubapa,
Yang ibubapa dah tinggal seorang,
Yang ibu bapa dah tua,
Cuba telefon dan tanya khabar mereka.
Bulan puasa sebenarnya lagi kuat ingatan mereka terhadap kita.
Cuba bayangkan kalau kita bersahur seorang diri,
Berbuka seorang diri..
Agak agak apa yang kita rasa?

Hargaila masa mereka masih ada..
Kalau dah tak ada, 
Menangis pun dah tak ada guna
Rindu macam mana sekalipun dah tak boleh nak tatap wajah mereka..
Yang tinggal kenangan je..

Janganlah jadikan alasan kita sibuk dengan kerja..
Berbuka dengan makanan sedap..
Mereka menangis rindu akan anak-anak...
Mereka takkan menangis rindu depan kita..
Tapi di belakang kita tak tahu kan....

Tahun ni tahun ke 8, Ramadhan tanpa arwah ayah...

Dan saya masih rindu pada ayah...
Ayah saya  pergi tiba-tiba..
pada 14 Ramadhan 2005..
lagi 2 minggu umat Islam hendak menyambut raya..
dan raya tahun itu adalah raya yang paling suram buat kami sekeluarga
'last' saya jumpa ayah saya adalah 2 bulan sebelumnya..
Dan sampai sekarang saya masih kesal..
Saya daripada form 3 tinggal berjauhan dengan family kerana duduk di asrama..
Dan setiap kali saya menelefon rumah..
Saya mesti banyak berbual dengan ibu berbanding ayah..
Kerana saya rapat dengan ibu saya..
Bila saya ingat balik saya kesal..
Tapi masa memang tak boleh nak putar balik...

Dan hari ini genap 8 tahun dia pergi...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
dan menempatkannya dikalangan hambaNya yang soleh. Amin
Saya harap ibu tidak akan menjadi sesunyi pakcik tadi
bila anak-anak dah ada kehidupan masing masing nanti...

nasihat saya pada yang membaca post saya
hargaila mereka selagi mereka masih ada...
kita hanya ada satu ibu dan satu ayah saja...
tak ada siapa yang dapat gantikan mereka jika mereka dah tiada....

No comments:

Post a Comment