Monday, July 22, 2013

Hipokrit......

Beberapa hari lepas saya berbicara soal hipokrit dengan adik saya..
Apa sebenarnya definisi hipokrit bagi semua orang?
Kita kalau nampak orang berubah sikit dan masih ada kekurangan
kita kata mereka hipokrit..
Ya Allah....cepat betul kita hukum orang..

Bagi saya hipokrit adalah berpura-pura..
Maka ada beza orang yang berkata-kata dan berusaha melakukan dengan 
orang yang hanya pandai berkata-kata tapi tidak melakukan dengan....
Umpama ketam mengajar anak berjalan lurus tapi dia sendiri berjalan salah...

Tapi 'of course' kita bukan ketam...
Maka kita boleh je taknak jadi hipokrit..
Tapi jangan kerana taknak dikatakan hipokrit..
Maka kita menangguhkan perubahan kita untuk menjadi baik...
Kononnya belum bersedia untuk meninggalkan perkara yang kita suka tapi sebenarnya ia salah..

Kita jangan mengatakan orang hipokrit ..
Kalau dulu dia jahat, tapi dalam proses fasa perubahan..
Jangan mengatakan orang hipokrit 
Jika kita tengok wajahnya baik..tapi tingkahlaku entah ke mana..
Jangan cepat hukum tanpa mengenali..
Kerana tidak mudah untuk berubah..

Saya percaya jika orang itu benar ingin berubah
Pasti dia berusaha untuik menjaga tingkahlakunya..

Saya pernah kerana tidak mahu hipokrit 
maka saya memilih jalan yang salah..
Dan tidak senang untuk berubah bila kita tersalah jalan..
Nak kena panjat balik pokok yang tinggi bila kita jatuh ke bawah bukan senang..
Nak kena buat pusingan u turn 360 darjah balik dalam hidup bukan senang...
Hanya orang yang pernah lalu laluan yang sama saja akan tahu jalan itu lurus ke bengkok..

Hipokrit ke ikhlas ke nilaian Allah..
Jangan perasan kita baik sangat..
Silap haribulan orang yang kita cakap hipokrit itu 'one day' jadi lebih daripada kita...
Allah beri petunjuk pada siapa yang Dia kehendaki
dan Dia boleh palingkan hati sesiapa yang Dia kehendaki..

Sampai sekarang bila saya ingat dosa yang lalu sesalan tetap ada..
Kadang-kadang rasa malu atas apa yang pernah kita lakukan..
Tapi masa tak boleh putar...
'Even' sekarang pun saya masih belajar...
Fasa perubahan itu panjang dan takkan pernah habis..

Jadi jangan nak tunggu tua baru nak berubah..
Mati tak kira tua atau muda...
Jangan rancang nak berubah tahun depan
Tengok tengok umur kita tak sampai ke situ

p/s: saya pun kadang-kadang suka cakap orang hipokrit tanpa fikir panjang..jangan saya sendiri yang jadi hipokrit...Astaghafirullah...

No comments:

Post a Comment