Wednesday, July 31, 2013

Apa yang hilang.....

Saya bersyukur dengan apa yang berlaku di dalam hidup saya...

Apa yang berlaku menjadikan siapa saya sekarang...
Sesungguhnya ketentuan Allah itu menarik untuk kita selami..
Semua orang akan melalui keadaan iman yang turun naik selagi kita bergelar manusia....

Alhamdulillah...
Allah mengizinkan saya untuk melalui
zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman remaja,
zaman permulaan dewasa dan kini menjengah zaman dewasa...
Dan semakin saya selami saya bersyukur dengan
apa yang terjadi..
apa yang saya lalui..
apa yang saya hilang..
apa yang saya perolehi...

Apa yang saya hilang...saya tahu ia bukan milik saya...
mungkin jika yang hilang itu saya perolehi..
tidak akan menjadikan siapa saya sekarang..
Apa yang saya dapat juga bukan milik saya...
Pinjaman Allah untuk saya hargai dan saya syukuri..
Kerana sudah nama apabila yang kita miliki itu pinjaman..
Kita kena bersedia apabila yang meminjam ingin megambil kembali...

Saya pernah melalui zaman kelam..
Saya pernah melalui zaman jatuh..
Saya pernah melalui zaman bangkit..

Allah menjadikan sesuatu itu bersebab dan penuh hikmah..
Selagi kita hidup kita akan diuji...

Walaupun kita hilang banyak perkara..
Tapi kita juga menerima banyak perkara..
Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..

Allah menghilangkan sesuatu agar kita lebih menhargai apa yang kita ada..
Allah mengambil apa yang Dia beri agar kita tidak terus hanyut dan leka..
Agar kita tidak riak dan bangga diri..
Agar kita tidak lalai dengan kehidupan kita..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan hanya berkata, 'kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Sesungguhnya, Kami menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka. Dengan ujian yang demikian, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-sebenarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" Al-Ankabut:2-3

Maka percayalah..Apa yang kita hilang atau apa yang kita miliki sekarangnya semuanya ujian dan dugaan untuk menguji sejauh mana keimanan kita...Hargai apa yang kita ada..Redha dengan apa yang sudah dihilangkan daripada kita..

p/s: nasihat untuk diri yang masih belajar....

Tuesday, July 23, 2013

Tribute untuk ayah.....

Ini cerita yang saya simpan sikit untuk hari ini..
berlaku minggu lepas..perbualan dengan seorang pt...

Pakcik X: Pakcik puasa seorang je tahun ni...isteri dah tak ada..(nada sayu)
Saya: Pakcik tinggal seorang je ke? Anak cucu duduk jauh ke?
Tak ada ke yang tinggal dengan pakcik?
Pakcik X:  (Menggeleng)....Semua duduk jauh
Saya: Tak apalah pakcik...Raya nanti mereka balikkan...
Pakcik X: entahla...balik kot (nada sayu lagi)
Saya: (dalam hati, kenapa kot? mungkin pakcik tak pasti (sangka baik))
Terus teringat dekat mak kat kampung...
Memangla sekarang masih ada adik adik sebagai peneman.
Tapi macam ni ke nanti mak bila semua dah kerja..dah kahwin..

Kepada mereka yang jauh dari ibubapa,
Yang ibubapa dah tinggal seorang,
Yang ibu bapa dah tua,
Cuba telefon dan tanya khabar mereka.
Bulan puasa sebenarnya lagi kuat ingatan mereka terhadap kita.
Cuba bayangkan kalau kita bersahur seorang diri,
Berbuka seorang diri..
Agak agak apa yang kita rasa?

Hargaila masa mereka masih ada..
Kalau dah tak ada, 
Menangis pun dah tak ada guna
Rindu macam mana sekalipun dah tak boleh nak tatap wajah mereka..
Yang tinggal kenangan je..

Janganlah jadikan alasan kita sibuk dengan kerja..
Berbuka dengan makanan sedap..
Mereka menangis rindu akan anak-anak...
Mereka takkan menangis rindu depan kita..
Tapi di belakang kita tak tahu kan....

Tahun ni tahun ke 8, Ramadhan tanpa arwah ayah...

Dan saya masih rindu pada ayah...
Ayah saya  pergi tiba-tiba..
pada 14 Ramadhan 2005..
lagi 2 minggu umat Islam hendak menyambut raya..
dan raya tahun itu adalah raya yang paling suram buat kami sekeluarga
'last' saya jumpa ayah saya adalah 2 bulan sebelumnya..
Dan sampai sekarang saya masih kesal..
Saya daripada form 3 tinggal berjauhan dengan family kerana duduk di asrama..
Dan setiap kali saya menelefon rumah..
Saya mesti banyak berbual dengan ibu berbanding ayah..
Kerana saya rapat dengan ibu saya..
Bila saya ingat balik saya kesal..
Tapi masa memang tak boleh nak putar balik...

Dan hari ini genap 8 tahun dia pergi...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
dan menempatkannya dikalangan hambaNya yang soleh. Amin
Saya harap ibu tidak akan menjadi sesunyi pakcik tadi
bila anak-anak dah ada kehidupan masing masing nanti...

nasihat saya pada yang membaca post saya
hargaila mereka selagi mereka masih ada...
kita hanya ada satu ibu dan satu ayah saja...
tak ada siapa yang dapat gantikan mereka jika mereka dah tiada....

Monday, July 22, 2013

Hipokrit......

Beberapa hari lepas saya berbicara soal hipokrit dengan adik saya..
Apa sebenarnya definisi hipokrit bagi semua orang?
Kita kalau nampak orang berubah sikit dan masih ada kekurangan
kita kata mereka hipokrit..
Ya Allah....cepat betul kita hukum orang..

Bagi saya hipokrit adalah berpura-pura..
Maka ada beza orang yang berkata-kata dan berusaha melakukan dengan 
orang yang hanya pandai berkata-kata tapi tidak melakukan dengan....
Umpama ketam mengajar anak berjalan lurus tapi dia sendiri berjalan salah...

Tapi 'of course' kita bukan ketam...
Maka kita boleh je taknak jadi hipokrit..
Tapi jangan kerana taknak dikatakan hipokrit..
Maka kita menangguhkan perubahan kita untuk menjadi baik...
Kononnya belum bersedia untuk meninggalkan perkara yang kita suka tapi sebenarnya ia salah..

Kita jangan mengatakan orang hipokrit ..
Kalau dulu dia jahat, tapi dalam proses fasa perubahan..
Jangan mengatakan orang hipokrit 
Jika kita tengok wajahnya baik..tapi tingkahlaku entah ke mana..
Jangan cepat hukum tanpa mengenali..
Kerana tidak mudah untuk berubah..

Saya percaya jika orang itu benar ingin berubah
Pasti dia berusaha untuik menjaga tingkahlakunya..

Saya pernah kerana tidak mahu hipokrit 
maka saya memilih jalan yang salah..
Dan tidak senang untuk berubah bila kita tersalah jalan..
Nak kena panjat balik pokok yang tinggi bila kita jatuh ke bawah bukan senang..
Nak kena buat pusingan u turn 360 darjah balik dalam hidup bukan senang...
Hanya orang yang pernah lalu laluan yang sama saja akan tahu jalan itu lurus ke bengkok..

Hipokrit ke ikhlas ke nilaian Allah..
Jangan perasan kita baik sangat..
Silap haribulan orang yang kita cakap hipokrit itu 'one day' jadi lebih daripada kita...
Allah beri petunjuk pada siapa yang Dia kehendaki
dan Dia boleh palingkan hati sesiapa yang Dia kehendaki..

Sampai sekarang bila saya ingat dosa yang lalu sesalan tetap ada..
Kadang-kadang rasa malu atas apa yang pernah kita lakukan..
Tapi masa tak boleh putar...
'Even' sekarang pun saya masih belajar...
Fasa perubahan itu panjang dan takkan pernah habis..

Jadi jangan nak tunggu tua baru nak berubah..
Mati tak kira tua atau muda...
Jangan rancang nak berubah tahun depan
Tengok tengok umur kita tak sampai ke situ

p/s: saya pun kadang-kadang suka cakap orang hipokrit tanpa fikir panjang..jangan saya sendiri yang jadi hipokrit...Astaghafirullah...

Sunday, July 21, 2013

Sabar dengan orang yang kita benci

Kebencian pada seseorang sudah pasti akan membuatkan kita menjauhi mereka..
Saya pun sama macam orang lain..
bila benci, bila marah..
pastinya saya mengelak untuk berada dikalangan orang yang dibenci...
Pastinya saya cuba untuk kurangkan bicara dengan orang yang saya benci..
Kurang-kurangnya saya tidak sakit hati...
Dan tiada lagi perkara yang mereka tidak puas hati..
Tapi pernah tak kita sedar dunia ini terlalu singkat untuk membenci..

Ibu selalu menasihati saya...
'kalau tidak suka..kalau benci..
jangan keterlaluan...jangan sampai nampak..
sabar selagi mana boleh sabar..
Allah itu Maha Adil terhadap hambaNya'...

Bak kata seorang penulis:

"Jika terpaksa membenci, jangan ketara
Sembunyikan bersama sabarmu...
Jika terpaksa membenci, benci seadanya...
jangan dirinya..tapi kelakuannya..
jangan keterlaluan..jangan berlebihan
diam..cuba maniskan wajah..." -ustaz pahrol


Tidak senang untuk tersenyum terhadap orang yang kita benci..
Tidak senang untuk bersabar dengan tingkah laku orang yang kita benci...
Tetapi kalau kita sabar, manisnya pasti indah terasa...
Kerana hidup ini sangat singkat...
Kita sendiri tidak tahu apa hutang kita dengan orang lain....
Entah-entah kita lebih teruk daripada orang yang kita benci...
Tiada siapa yang sempurna...

Semua orang buat salah...
Memang maaf itu hak pemberi maaf...
Tapi jika kita memaafkan orang yang dibenci itu..
Mudah mudahan orang lain juga akan memaafkan kita...

Mana tahu jika satu hari orang yang kita benci itu berubah...
Entah entah lebih baik daripada kita
Sudah tentu berkata-kata memang senang tapi nak melakukannya susah..
Saya tak cakap orang lain..
Saya pun sama saja...
Tapi tak salah kalau kita mencuba..
Dendam, kebencian hanya akan hilang setelah kita memaafkan orang yang salah pada kita...


-pelajaran untuk saya dan orang yang masih belajar macam saya-

Wednesday, July 17, 2013

Agak-agak dah mula ke kita.......

hari ni dah hari ke 7 puasa..
agak - agak ada beza tak kita lepas seminggu ke sama saja..


saya nak kongsikan satu perkara:
Kadang kita sibuk duk cakap
orang tu macam tu...orang  ni macam ni..
Pernah tak kita muhasabah diri kita..
Baik sangat ke kita ni hingga kita lebih nampak salah orang lain
sehingga tak nampak salah kita sendiri..
Tolong jangan rasa (perasan) kita dah baik sangat..
selagi kita bergelar manusia kita takkan dapat lari dari buat salah...

Ada baiknya dalam bulan puasa ni..
Kita lebih banyak muhasabah diri sendiri..

Agak agak dah mula ke kita buang sifat prasangka buruk dalam hati kita..
Agak-agak dah mula ke kita buang sifat amarah dan panas baran dalam diri kita..
Agak-agak dah mula ke kita tutup mulut daripada kita mengumpat..
Agak-agak dah mula ke kita tutup telinga dari mendengar gosip dan cerita yang tak berfaedah...
Agak-agak dah mula ke kita tutup mata kita dari tengok dan mencari kesalahan orang lain..
Agak-agak dah mula ke kita untuk tidak banyak mengeluh dalam hidup ini...

oh tak senang rupanya nak menjadi baik...
Saya tak cakap pasal orang lain...saya cakap untuk saya sendiri...
Yang kadang kadang asyik nampak salah orang lain..
Konon diri sendiri semuanya yang baik baik saja..
Aduhai...ruginya kalau diri tenggelam dalam sifat buruk ini...

Kalau betulla kita masih belum mula baiki salah diri..masih sempat lagi nak berubah...
Berubah tak senang tapi kena rajin dan berusaha....

p/s: untuk diri sendiri yang lalai dan untuk bacaan orang yang mahu baca post ini...

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan datang lagi....

Kita: Ramadhan datang lagi..Sesungguhnya ku merindu kedatanganmu..
Ramadhan: Rindu bukan hanya ucapan...Buktikan rindu dengan amalmu...


Ya Allah
Alhamdulillah,,,
Aku bertemu lagi dengan ramadhan kali ini....


Ramadhan
Kedatangannya dinanti..
Permegiannya ditangisi..

Setelah setahun, kita bertemu lagi...
Tahun ini kita bertemu..
Tahun depan belum tentu..

Harapanku ramadhanku kali ini adalah yang terbaik.
Lebih baik daripada ramadhan sebelum ini..

Ramadhan bulan mulia..
Bulan mendidik jiwa.
Ramadhan mendidik hati
Menjadi lebih sabar..
Menjadi lebih pemurah..

Membersihkan hati dengan kotoran..
Bibir tidak banyak bercakap
Perut tidak banyak diisi
Mata dijaga
Telinga diajar mendengar yang baik
Kerja dilakukan seikhlas hati...

Rindukan ramadhan..yang menjengah setahun sekali dalam hidup kita..
Buktikan dengan amalan..Jangan jadikan ia hanya ucapan di bibir..
Jangan kita tetap sama..
Berbuka dengan menu penuh semeja..
Mengumpat tak habis habis..
Baru mula puasa sibuk nak berhari raya...
Cukupla kalau semua sekadar saja..
Ingat ramai lagi orang yang masih memerlukan...
Yang berbukanya ala kadar saja
Yang persediaaan hari rayanya biasa biasa saja...

Ingat..Ramadhan ini akan berakhir..
Tahun depan belum tentu bertemu lagi...
Ingin menjadi lebih baik..
Jom kita bermula di sini..
InsyaAllah..
kalau istiqamah selama sebulan, pastinya ia akan menjadi kebiasaan selepas sebulan..
Saya ingin mencuba...mengajak anda juga turut serta..
Bila lagi mahu kita mulakan..
Kerana tahun depan belum tentu kita jumpa dengan bulan yang mulia ini..



Sunday, July 7, 2013

Mujahadah ini jalannya panjang....

Jika ada orang tanya saya senang ke nak berubah jadi lebih baik?
Saya akan jawab tidak semudah itu.

Percaya atau tidak
persekitaran dan dengan siapa kita berkawan
banyak menentukan sejauh mana kita boleh berubah dan bertahan.

Saya pernah melaui zaman persekitaran yang tidak membantu.
Tiada sokongan dan dorongan..
Keseorangan di jalan yang betul...

Tapi jangan tersalah anggap.
Saya tidak pernah menyalahkan persekitaran atau sesiapa..
Cuma kerana saya sendiri yang tidak kuat dan tidak tahan dengan keadaan
membuatkan saya kadang-kadang gagal..
kadang-kadang terasa susah nak menjadi baik

Jika tidak kuat..
bukan senang nak mempertahankan prinsip
lebih lebih lagi jika kita keseorangan memegang prinsip tersebut.

Walaupun secerdik mana pun kita..
Walaupun setinggi mana pun ilmu kita..
Kalau hati tidak kuat kita akam mudah terpengaruh dengan persekitaran..


Untuk berubah hati perlu kuat..
Jiwa perku kental
Maka jika kita keseorangan pun dalam perkara yang betul 
Kita tidak akan putus asa dan mengalah.,..

Nak berubah menjadi lebih baik lebih mencabar...
Dengan kawann-kawan...
Dengan keluarga..
Dengan persekitaran..
Dengan budaya...
Nak menjadi muslim sejati banyak perkara nak kena tinggal

Hiburan melampau, kpop, muzik, cerita dan drama yang tak membentuk jiwa..
media massa yang tak memberi nilai...
Sembang dan perbincangan lagha..
Sikap dan tingkah laku...
mudah marah..panas baran...putus asa
Budaya yang begitu dan begini...

Apa yang kita dengar. apa yang kita lihat..Apa yang kita katakan...apa yang kita lakukan..
Yang kita rasa seronok..yang kita suka..tapi sebenarnya salah...
Bukan senang nak tinggalkan....

Saya masih lagi dalam fasa perubahan..
Sungguh tidak mudah..
Perlu meninggalkan banyak perkara yang kita suka..
Pada hakikatnya perkara itu salah...
Mujahadah ini jalannya panjang...

Saya pernah gagal sekali...
Saya pernah tersesat arah sekali..
Dan saya tidak pernah menyalahkan sesiapa atas kegagalan saya..
Saya sendiri yang membuat keputusan dan memilih jalan itu.
Padahal saya tahu jalan itu kelam..
Saya sendiri yang tidak kuat untuk bertahan..
Dan saya sedang cuba memusingkan semula..
Jarum jam yang sudah bergerak..
Kembali ke tempat asal...
Doa dan harapan saya..
Semoga Allah tidak palingkan hati saya
setelah Dia memberi petunjuk dan jalan kepada saya..
Saya risau dan saya takut...
Saya tersesat di dalam cahanyaNya...

Kita kena mula dari sekarang...kita tidak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada...
Memang susah tapi penghujungnya ada kemanisan...

Tuesday, July 2, 2013

Kematian..

Hari ini ada 2 kematian yang berlaku kepada orang yang saya kenal...
Ada  perkara tentang 2 kematian ini yang ingin saya kongsikan..
Satu kematian yang disebabkan oleh sakit...yang boleh dijangka walaupun tidak tahunya bila...
Satu lagi kematian tiba-tiba...

Melawat orang meninggal dunia
adalah salah satu cara mengingatkan kita yang mati itu pasti...
Terdetik di hati saya..
jika kematian itu berlaku tanpa sempat kita bertaubat kepadaNya.
jika kematian itu tanpa sempat kita memohon ampun kepada orang yang kita berbuat salah..
Cukupkah sudah amalan kita untuk dibawa kepadaNya....
Kita sendiri tidak tahu bila kita akan pergi menghadapNya...
Hari ini masa mereka sudah sampai...
Mereka sudah pulang ke sana...
Kita entah bila...


Kerana itu usaha baik kita berusaha untuk tidak menangguhkannya..
Kerana itu segala dosa segera memohon ampun kepadaNya...
Kerana mungkin  hari ini kita sihat..
Tiba-tiba esok kita berada di alam yang lain....

Saya pernah menghadapi kematian orang yang disayangi tanpa kita sangka...
Kerana itu saya belajar banyak perkara..........

Saya belajar untuk memaafkan orang yang buat salah pada saya
walaupun saya tahu bukan senang
Saya cuba untuk menjaga hati orang di sekeliling saya
walaupun kadang-kadang saya rasa susah..
Saya cuba untuk berbuat baik pada semua orang
walaupun kadang-kadang saya bersikap melampaui batas..
Saya cuba untuk menghubungi orang yang sayang sekerap mungkin
kerana saya takut saya tidak sempat....


Kematian itu pasti...kita tidak tahu bila kita akan pergi...
Tidak tahu pada umur berapa...Tidak tahu entah berapa lama masa yang kita ada...
Maka dengan itu bersegeralah untuk bertaubat..bersegeralah untuk kebaikan...


p/s: ingatan untuk saya yang masih belajar....