Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa...

Saya sebenarnya tidak tahu bila sebenarnya hari bapa...
tapi saya sediakan sedikit tulisan sempena hari bapa...

Saya tidak faham apabila ada sesetengah orang tidak menghargai orang tua mereka..
Mungkin kerana mereka tidak merasai apa yang saya
dan orang yang telah kehilangan ibu atau bapa rasa..
Ada anak-anak malas untuk menelefon ibu bapa bertanya khabar,,,
Konon sibuk dan lupa..

Kita selalu marah atau malas nak mendengar,
apabila ayah dan ibu bercerita itu ini dengan kita...
Kadang-kadang cerita yang sama diulang-ulang..
Kadang-kadang kita bosan mendengar bebelan mereka..

Sebenarnya tanpa kita sedar
mereka rindukan kita dan hanya ingin berbual dengan kita..
Mereka bukan mahukan wang ringgit
tapi mereka hanya inginkan perhatian daripada kita..
Percayala..apabila mereka sudah tiada di dunia ini,
cerita dan bebelan itu yang akan menjadi kenangan kepada kita...

Apa salahnya habis-habis sibuk atau malas
telefonla mereka paling kurang sekali seminggu..
Cuma letakkan telefon di telinga..
dengar cerita mereka..
tanya khabar mereka..
Selami kesepian mereka
apabila anak anak sudah dewasa dan tinggal berjauhan...

Jangan bila mereka sudah tiada baru nak rasa menyesal..

Saya cuba untuk menelefon ibu saya sekerap mungkin..
Mendengar cerita yang kadang-kadang hanyalah cerita yang sama...
Kerana saya hanya tinggal beliau seorang saja lagi
setelah ayah pergi 8 tahun yang lepas...
Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari...
kerana sampai sekarang kerinduan pada arwah ayah masih kuat dalam diri saya...


No comments:

Post a Comment