Saturday, June 15, 2013

jangan 'busy body'

Ada sesetengah orang kita suka sibuk pasal peribadi orang lain..

a: kalau jumpa orang yang masih belum kahwin, sibuk bertanya : bila nak kahwin?
b: kalau jumpa orang yang dah kahwin tapi belum ada anak, sibuk bertanya : bila nak ada anak?
c: kalau jumpa orang yang menduda atau janda, sibuk bertanya : bila nak kahwin baru...
d: orang perempuan tak boleh kahwin lambat....nanti mula emosional..cepat marah...

Dan banyak lagi soalan personal yang lain
yang rasanya agak sensitif untuk ditanya...
Kadang-kadang terfikir juga..
yang sibuk bertanya ni tak tahu sebenarnya
soalan yang ditanya itu adalah ketentuan Allah..

Jangan kita lupa, setiap yang terjadi adalah ujianNya..
Orang bujang dengan ujiannya sendiri.
Orang yang sudah berumahtangga dengan ujiannya sendiri

Apa kata daripada menyibuk hal orang lain
pertingkatkan amalan sendiri...
Perkara yang tak pasti jangan dipersoalkan.
Setiap orang ada sebab dan alasan mengapa mereka begini dan begitu...
Bukan semua perkara boleh di'busy body'kan...
Ketahuilah ada perkara agak sensitif.,.
Jangan kerana perkataan atau pertanyaan yang keluar daripada mulut kita
membuatkan orang lain kecil hati...
menjaga hati saudara sesama Islam itu lebih penting daripada menjadi 'busy body'..

yang lambat kahwin mungkin kerana jodohnya belum sampai..
atau mungkin kerana dia masih ada tanggunggjawab yang lebih penting..
ada orang bercinta bertahun-tahun,
tapi kalau telah tertulis di Loh Mahfuz bukan jodohnya,
tetap tidak akan bersama...
ataupun mungkin jodohnya lambat sedikit daripada orang lain...

yang belum ada anak mungkin kerana belum ada rezeki
walaupun telah berusaha macam-macam..
ada orang mungkin Allah telah takdirkan untuk tiada anak
ataupun mungkin rezekinya lambat sedikit daripada orang lain...

Kita kena ingat, ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan..
Semua yang kita persoalkan adalah takdir dan ketentuanNya..
Saya percaya ramai orang bersetuju dengan saya...
sesetengah soalan personal itu sensitif...
Apa kata selami dan fahami
mengapa mereka bertindak begini dan begitu..
Mengapa mengalami perkara begitu dan begini
Daripada mengeluarkan kata yang menyakitkan hati..

Kalau mereka tidak ingin bercerita atau  berkongsi..hormatila...
Alangkah baik kalau daripada bertanya atau 'busy body' ,
lebih baik kita mendoakan mereka...
Semoga bertemu jodoh yang baik,
semoga mendapat anak yang soleh dan solehah...

No comments:

Post a Comment