Sunday, June 30, 2013

first impression

apa pendapat korang tentang 'first impression'?

apa korang akan buat
kalau ada orang bagitahu
kedai makan A tak sedap..kotor tak bersih..
korang tak pernah pergi kedai tu..
baru dengar nama...
tapi dapat khabar macam tu...apa tindakan korang??


Sudah tentu kebanyakan dari kita
akan bertindak untuk tidak pergi kedai makan itu kan...
Walaupun mungkin suatu hari nanti
sebenarnya apa yang dikhabarkan adalah palsu dan tidak benar..
tapi mungkin masa tu kedai makan tu dah rugi sebab cerita palsu itu.....

Jadi, apa kaitannya dengan 'first impression'?
Itu adalah analoginya
kepada buruknya orang yang menyebarkan cerita palsu
yang memberi kesan kepada 'first impression' orang lain.....

Saya sebenarnya nak cerita tentang mulut yang membawa fitnah....
Bercerita perkara tidak betul pasal orang itu dan ini....
Pernah terfikir tak yang cerita kita itu
akan menyakitkan hati orang difitnah...
akan memudaratkan orang yang difitnah...
Menyebabkan orang benci orang yang difitnah..
padahal perkara yang diceritakan bukannya betul pun...

Walaupun lambat laun orang akan tahu..
tapi pernah tak fikir
bagaimana kesedihan..sakit hati..marah orang yang difitnah....

Ya Allah...
Saya tidak faham..
Akhir akhir ini ramai betul orang yang berperangai macam ini...
Tak takut dosakah mereka ini...
Tidak pernah fikir ke..fitnah itu lebih buruk daripada membunuh...
Tak takut ke kalau-kalau orang yang difitnah
tak ampunkan dosa mereka...
Lebih lebih lagi entah berapa ramai orang yang difitnah dalam hidup mereka..
fikir-fikirkan dosa kita dengan Allah yang dah menimbun..
nak ditambah dosa dengan manusia pulak...

Kerana itu..saya selalu menulis..
jangan sibuk dengan hal orang lain-lain..
lebih lebih lagi kita tak tahu perkara sebenar...
Jangan percaya seratus peratus pada orang yang suka buat cerita...
Takut-takut apa yang diceritakan itu sebenarnya palsu...

Kerana itu...
lebih baik diam daripada bercakap banyak...
Daripada bercerita pasal keburukan orang lain...
lebih baik betulkan diri sendiri..
satu telunjuk menunjuk pada orang
sebenarnya 4 sudah berbalik kepada kita...

Saya bersyukur
setiap kali saya sakit hati, sedih atau marah..
bila saya telefon ibu saya...
automatik apa yang saya akan reda..
Nasihatnya pasti mengurangkan perasaan itu..


Ayat yang selalu diungkapkan..
'Selagi kita boleh sabar dengan orang kita sabar..
Dalam dunia ini bukan semua orang suka kita..
Biar orang buat jahat pada kita jangan kita buat jahat pada orang..
Lambat laun Allah pasti akan membalasnya....'

Maka dengan itu saya tidak kisah
jika ada orang bercerita perkara yang bukan-bukan pasal saya..
Walaupun saya sedih..marah,..sakit hati..
tapi bila teringat nasihat ibu saya..
pasti saya akan tenang..
Semua orang boleh bercerita apa sahaja..
tapi Allah yang menentukan perjalanan hidup kita...
Teruskan berjalan dengan panduan dariNya...

 -Terima kasih untuk ibu kerana mengajar saya yang masih belajar-

No comments:

Post a Comment