Sunday, June 30, 2013

first impression

apa pendapat korang tentang 'first impression'?

apa korang akan buat
kalau ada orang bagitahu
kedai makan A tak sedap..kotor tak bersih..
korang tak pernah pergi kedai tu..
baru dengar nama...
tapi dapat khabar macam tu...apa tindakan korang??


Sudah tentu kebanyakan dari kita
akan bertindak untuk tidak pergi kedai makan itu kan...
Walaupun mungkin suatu hari nanti
sebenarnya apa yang dikhabarkan adalah palsu dan tidak benar..
tapi mungkin masa tu kedai makan tu dah rugi sebab cerita palsu itu.....

Jadi, apa kaitannya dengan 'first impression'?
Itu adalah analoginya
kepada buruknya orang yang menyebarkan cerita palsu
yang memberi kesan kepada 'first impression' orang lain.....

Saya sebenarnya nak cerita tentang mulut yang membawa fitnah....
Bercerita perkara tidak betul pasal orang itu dan ini....
Pernah terfikir tak yang cerita kita itu
akan menyakitkan hati orang difitnah...
akan memudaratkan orang yang difitnah...
Menyebabkan orang benci orang yang difitnah..
padahal perkara yang diceritakan bukannya betul pun...

Walaupun lambat laun orang akan tahu..
tapi pernah tak fikir
bagaimana kesedihan..sakit hati..marah orang yang difitnah....

Ya Allah...
Saya tidak faham..
Akhir akhir ini ramai betul orang yang berperangai macam ini...
Tak takut dosakah mereka ini...
Tidak pernah fikir ke..fitnah itu lebih buruk daripada membunuh...
Tak takut ke kalau-kalau orang yang difitnah
tak ampunkan dosa mereka...
Lebih lebih lagi entah berapa ramai orang yang difitnah dalam hidup mereka..
fikir-fikirkan dosa kita dengan Allah yang dah menimbun..
nak ditambah dosa dengan manusia pulak...

Kerana itu..saya selalu menulis..
jangan sibuk dengan hal orang lain-lain..
lebih lebih lagi kita tak tahu perkara sebenar...
Jangan percaya seratus peratus pada orang yang suka buat cerita...
Takut-takut apa yang diceritakan itu sebenarnya palsu...

Kerana itu...
lebih baik diam daripada bercakap banyak...
Daripada bercerita pasal keburukan orang lain...
lebih baik betulkan diri sendiri..
satu telunjuk menunjuk pada orang
sebenarnya 4 sudah berbalik kepada kita...

Saya bersyukur
setiap kali saya sakit hati, sedih atau marah..
bila saya telefon ibu saya...
automatik apa yang saya akan reda..
Nasihatnya pasti mengurangkan perasaan itu..


Ayat yang selalu diungkapkan..
'Selagi kita boleh sabar dengan orang kita sabar..
Dalam dunia ini bukan semua orang suka kita..
Biar orang buat jahat pada kita jangan kita buat jahat pada orang..
Lambat laun Allah pasti akan membalasnya....'

Maka dengan itu saya tidak kisah
jika ada orang bercerita perkara yang bukan-bukan pasal saya..
Walaupun saya sedih..marah,..sakit hati..
tapi bila teringat nasihat ibu saya..
pasti saya akan tenang..
Semua orang boleh bercerita apa sahaja..
tapi Allah yang menentukan perjalanan hidup kita...
Teruskan berjalan dengan panduan dariNya...

 -Terima kasih untuk ibu kerana mengajar saya yang masih belajar-

Monday, June 24, 2013

jalan pulang

Semua orang ada sejarah silam...
Samada hitam atau putih..
Samada sejarah gelap atau cerah

Tapi masa lalu tidak akan membantutkan masa sekarang kita..
Tidak akan menghalang masa depan kita...

Siapa kita pada masa lalu adalah sejarah..
Yang penting siapa kita pada masa sekarang

Bak kata Dash Johari

everybody have a past
everybody live in present
everybody deserve a future

Siapapun kita dahulu..lupakan..
Jika gambar kita hitam dahulu..cucikan
Kita masih berpeluang untuk memutihkan gambar itu
Tidak semestinya gelap gambar itu...ia akan gelap selamanya...

Kita tidak berhak mengkritik masa lalu orang lain
Lebih lebih lagi kita tidak pernah tau apa yang dia pernah lalui...
Tidak adil jika kita menghukum kerana hanya melihat dari luaran sahaja...


Saya juga cuba untuk tidak menjadi 'judgemental' ..
walaupun kadang-kadang tanpa sedar  atau dalam sedar
saya menjadi seorang yang 'judgemental'
Kerana saya juga tidak suka orang melakukan perkara yang sama kepada saya

bak kata seorang penulis yang saya gemari
' Don't be such a hurry to codemn a person because he doesn't do what you do..
or think as you think..There was a time when you didn't know what you know today'...

Saya juga seperti orang lain..
masih dalam proses mencuci semua gambar yang hitam
dalam proses kembali ke jalan pulang...
Walaupun saya tahu..tidak mudah
kerana di keliling saya ada banyak perkara yang saya rasa betul
Padahal ianya silap..
Perkara yang saya ciptakan alasan untuk melakukannya
Padahal ianya tersalah arah..
Perkara yang saya suka..
Padahal ianya salah..
Perkara yang saya rasakan tidak memberikan kesan kepada orang lain
Tapi ianya meninggalkan kesan yang besar...
Bukan senang untuk memadamkan segalanya...

Moga jalan pulang saya ini jalan yang sebenar-benarnya jalan..
Moga saya juga tidak tersalah arah lagi...
Kerana saya tahu bukan senang mencari jalan pulang ini..

-saya masih belajar-

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa...

Saya sebenarnya tidak tahu bila sebenarnya hari bapa...
tapi saya sediakan sedikit tulisan sempena hari bapa...

Saya tidak faham apabila ada sesetengah orang tidak menghargai orang tua mereka..
Mungkin kerana mereka tidak merasai apa yang saya
dan orang yang telah kehilangan ibu atau bapa rasa..
Ada anak-anak malas untuk menelefon ibu bapa bertanya khabar,,,
Konon sibuk dan lupa..

Kita selalu marah atau malas nak mendengar,
apabila ayah dan ibu bercerita itu ini dengan kita...
Kadang-kadang cerita yang sama diulang-ulang..
Kadang-kadang kita bosan mendengar bebelan mereka..

Sebenarnya tanpa kita sedar
mereka rindukan kita dan hanya ingin berbual dengan kita..
Mereka bukan mahukan wang ringgit
tapi mereka hanya inginkan perhatian daripada kita..
Percayala..apabila mereka sudah tiada di dunia ini,
cerita dan bebelan itu yang akan menjadi kenangan kepada kita...

Apa salahnya habis-habis sibuk atau malas
telefonla mereka paling kurang sekali seminggu..
Cuma letakkan telefon di telinga..
dengar cerita mereka..
tanya khabar mereka..
Selami kesepian mereka
apabila anak anak sudah dewasa dan tinggal berjauhan...

Jangan bila mereka sudah tiada baru nak rasa menyesal..

Saya cuba untuk menelefon ibu saya sekerap mungkin..
Mendengar cerita yang kadang-kadang hanyalah cerita yang sama...
Kerana saya hanya tinggal beliau seorang saja lagi
setelah ayah pergi 8 tahun yang lepas...
Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari...
kerana sampai sekarang kerinduan pada arwah ayah masih kuat dalam diri saya...


Saturday, June 15, 2013

jangan 'busy body'

Ada sesetengah orang kita suka sibuk pasal peribadi orang lain..

a: kalau jumpa orang yang masih belum kahwin, sibuk bertanya : bila nak kahwin?
b: kalau jumpa orang yang dah kahwin tapi belum ada anak, sibuk bertanya : bila nak ada anak?
c: kalau jumpa orang yang menduda atau janda, sibuk bertanya : bila nak kahwin baru...
d: orang perempuan tak boleh kahwin lambat....nanti mula emosional..cepat marah...

Dan banyak lagi soalan personal yang lain
yang rasanya agak sensitif untuk ditanya...
Kadang-kadang terfikir juga..
yang sibuk bertanya ni tak tahu sebenarnya
soalan yang ditanya itu adalah ketentuan Allah..

Jangan kita lupa, setiap yang terjadi adalah ujianNya..
Orang bujang dengan ujiannya sendiri.
Orang yang sudah berumahtangga dengan ujiannya sendiri

Apa kata daripada menyibuk hal orang lain
pertingkatkan amalan sendiri...
Perkara yang tak pasti jangan dipersoalkan.
Setiap orang ada sebab dan alasan mengapa mereka begini dan begitu...
Bukan semua perkara boleh di'busy body'kan...
Ketahuilah ada perkara agak sensitif.,.
Jangan kerana perkataan atau pertanyaan yang keluar daripada mulut kita
membuatkan orang lain kecil hati...
menjaga hati saudara sesama Islam itu lebih penting daripada menjadi 'busy body'..

yang lambat kahwin mungkin kerana jodohnya belum sampai..
atau mungkin kerana dia masih ada tanggunggjawab yang lebih penting..
ada orang bercinta bertahun-tahun,
tapi kalau telah tertulis di Loh Mahfuz bukan jodohnya,
tetap tidak akan bersama...
ataupun mungkin jodohnya lambat sedikit daripada orang lain...

yang belum ada anak mungkin kerana belum ada rezeki
walaupun telah berusaha macam-macam..
ada orang mungkin Allah telah takdirkan untuk tiada anak
ataupun mungkin rezekinya lambat sedikit daripada orang lain...

Kita kena ingat, ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan..
Semua yang kita persoalkan adalah takdir dan ketentuanNya..
Saya percaya ramai orang bersetuju dengan saya...
sesetengah soalan personal itu sensitif...
Apa kata selami dan fahami
mengapa mereka bertindak begini dan begitu..
Mengapa mengalami perkara begitu dan begini
Daripada mengeluarkan kata yang menyakitkan hati..

Kalau mereka tidak ingin bercerita atau  berkongsi..hormatila...
Alangkah baik kalau daripada bertanya atau 'busy body' ,
lebih baik kita mendoakan mereka...
Semoga bertemu jodoh yang baik,
semoga mendapat anak yang soleh dan solehah...

Tuesday, June 11, 2013

bila tiba saat kritikal dalam hidup...hadapilah

post yang sepatutnya saya post malam tadi...tapi tertangguh sebab penat:


Habis juga cuti seminggu saya di kampung....
Diam tak diam dah genap 3 tahun rupanya saya bekerja di taiping dan 3 tahunla juga saya berulang alik 3 bulan sekali pulan ke kampung...

Betul juga kata orang...makin meningkat usia makin kuat plak rasa 'homesick'

Haritu bila turun dari rumah, ada  rasa sayu...
sampai bila harus macam ni...
meninggalkan ibu dalam jarak beribu  batu bukan perkara mudah..
lebih lebih lagi kerana beliau ibu tunggal...
Saya tidak peduli jika ada yang mengatakan saya anak mak..
kerana lalui banyak pengalaman pahit sejak dari kecil...
hanya orang yang pernah melalui kesusahan akan memahami makna kesusahan itu....

Apapun cuti kali ini memberikan banyak erti kepada saya...
banyak perkara yang berlaku yang menguji kesabaran saya...
takpe..yang selebihnya adalah sejarah..
tak perlu saya ceritakan apa yang berlaku.....
karenah manusia adalan bahan ujiNya untuk mendidik kita...

" Bila tiba saat paling kritikal dalam hidup- 
saat perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja) - 
jangan lari, tetapi hadapi...
Sekali lagi, 
walau pedih, sedih tersisih, jangan lari...
Tunggu dan hadapi...kerana ia adalah ujian menguji kesabaran...

Bila sudah tiba di dasar paling bawah 
kepala yang dijulang sudah menjunam ke dalam jurang...
Sudah tidak ada tempat untuk jatuh lagi..
maka pada itulah peribadimu akan naik semula. 
Kau sudah membayar yuran pada kejayaan. 
Kau sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan.

Ego, bangga diri, kecil hati, penakut sudah dibakar dalam relau mehnah Allah. 
Dan saat untuk kau mendapat ijazah dari universiti mujahadah semakin hampir...


Ya Allah
Uzlah aku daripada kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain..
Qanaah aku agar tidak hasad pada nilmat yang diberi kepada yang lain.
Sabar aku dengan karenah insan yang menjadi bahan ujiMu untuk mendidikku...
Syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada..
Pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai karma kejahatanku pada mereka..." - ustaz pahrol


-aku yang masih belajar menjadi hambaNya.-