Sunday, May 12, 2013

Selamat hari ibu....

Sepatutnya ‘post’ ini dikeluarkan masa ulangtahun hari lahir beliau mac lalu..
Tapi kerana kesibukan masa
maka saya mengeluarkan pada bulan ini pada sambutan hari ibu.
Apabila ada orang bertanya saya siapa insan yang paling saya kagumi di dalam dunia ini selepas Rasulullah s.a.w saya akan mengatakan ibu saya..

Saya menghormati dan menyayanginya. 
Kesabarannya tidak dapat saya warisi..

Saya masih ingat 8 tahun yang lepas, 
saat ayah saya meninggal dunia..
dia tidak menangis 
walaupun saya tahu hatinya sedih....
Dia tidak pernah merungut ataupun bersedih hati
Dia sabar saat ditinggalkan orang disayangi
Pendamping hidupnya dan tempat bergantung

Dia sabar saat orang menghina dan mengata.
Dia sabar melayan telatah kami 7 beradik
Dia sabar saat orang lain menyakiti hatinya..
Perkataan yang keluar dari bibirnya apabila disakiti dan dianiyai  satu saja
‘biarla....Allah akan membalasnya’ dengan iringan senyuman di bibir..

Dia cuba tidak mengeluarkan perkataan yang buruk daripada bibirnya terhadap kami..
Kerana dia tahu ucapan ibu satu doa...
Dia sentiasa mementingkan pelajaran..
Kerana dia tidak mahu kami hidup susah..
Katanya pelajaran adalah perkara penting untuk mengubah hidup seseorang..

Saya sendiri tidak dapat mewarisi kesabarannya..
Apabila dia mengeluh lututnya sakit, 
saya sedih mengenangkan 
beliau yang daripada seorang ibu yang lemah lembut, 
surirumah sepenuh masa, 
apabila ayah meninggalkan kami 
mula kerja bercucuk tanam membesarkan anak-anak...
dia yang sanggup berjalan kaki  
demi manghantar dan mengambil adik ke sekolah...

Apabila dia mengadu sakit demam...
saya sangat risaukan kesihatannya..
Apabila dia lambat balik ke rumah...
saya sangat risaukan keselamatannya..
Apabila saya mengadu masalah 
dia mendengar dengan penuh sabar..
Apabila saya jatuh tersungkur 
pastinya dia orang pertama yang akan menyambut diri ini

Kerana itu dia insan yang paling saya kagumi 
Yang paling perlu saya sayang selepas Allah dan Rasul
Mungkin ada masa kami tidak sependapat,
Tetapi seboleh mungkin saya cuba untuk tidak melukakan hatinya..

Terima kasih ma kerana membesarkan kami...Selamat hari ibu...
Ya Allah kurniakanla rahmat ke atasnya...Rahmatila hidupnya di dunia dan akhirat...

No comments:

Post a Comment