Monday, May 27, 2013

Kemaafan bukan sekadar ucapan

Memberi maaf bukan perkara yang senang dalam hidup ini...
Senang saja menyuruh orang memberi maaf...
Tapi pasti sukar bila diri sendiri yang perlu memaafkan orang lain..

Sudah pasti orang yang paling bahagia adalah orang yang memberi maaf..
Tapi bukan sesenang itu untuk menjadi seorang yang pemaaf...
Lebih-lebih lagi apabila perkara yang terjadi memberi impak yang paling besar dalam hidup kita....

Saya juga tidak sekuat itu untuk menjadi seorang yang pemaaf..
Tetapi saya juga cuba belajar untuk memaafkan orang lain..
Seboleh mungkin saya cuba untuk tidak menyimpan dendam di dalam hati...
Kerana saya tahu saya hanyala hambaNya...
Sedangkan DIA Maha Pemaaf
tehadap hambaNya....
yang kadang kadang berulang kali melakukan kesalahan yang sama...
Sedangkan saya..Siapala saya untuk kedekut untuk memberi maaf..

Saya cuba mengajar diri saya...
Setiap perkara yang terjadi di dalam dunia ini ada sebab dan hikmahnya..
.
Jika hati kita disakiti,
Allah ingin menjadikan kita seorang yang sabar
Jika kita diduga dengan kehilangan dan kesedihan,
Allah ingin menjadikan kita seorang yang kuat...
Jika kita diuji dengan kekurangan
Allah ingin menjadikan kita seorang yang tabah
Jika kita diuji dengan kelebihan,
Allah ingin menjadikan kita seorang yang bersyukur..

Maka dengan itu,
Saya cuba untuk menjadi seorang pemaaf
walaupun saya tahu tidak mudah untuk melupakan sesuatu kesalahan...
Lebih lebih lagi si pesalah masih tidak sedar akan kesalahannya...

Oleh kerana maaf itu hak milik pemberi maaf maka saya cuba..
kerana saya tahu Allah itu Lebih Pemaaf...
maka siapala saya untuk tidak memberi maaf...

Ya Allah bantula aku...
Untuk memaafkan orang yang salah tehadap aku..
Moga-moga aku juga dimaakan oleh orang yang aku berbuat salah padanya..
Moga-moga dosaku padaMu diampunkan olehMu...Amin....



Sunday, May 12, 2013

Selamat hari ibu....

Sepatutnya ‘post’ ini dikeluarkan masa ulangtahun hari lahir beliau mac lalu..
Tapi kerana kesibukan masa
maka saya mengeluarkan pada bulan ini pada sambutan hari ibu.
Apabila ada orang bertanya saya siapa insan yang paling saya kagumi di dalam dunia ini selepas Rasulullah s.a.w saya akan mengatakan ibu saya..

Saya menghormati dan menyayanginya. 
Kesabarannya tidak dapat saya warisi..

Saya masih ingat 8 tahun yang lepas, 
saat ayah saya meninggal dunia..
dia tidak menangis 
walaupun saya tahu hatinya sedih....
Dia tidak pernah merungut ataupun bersedih hati
Dia sabar saat ditinggalkan orang disayangi
Pendamping hidupnya dan tempat bergantung

Dia sabar saat orang menghina dan mengata.
Dia sabar melayan telatah kami 7 beradik
Dia sabar saat orang lain menyakiti hatinya..
Perkataan yang keluar dari bibirnya apabila disakiti dan dianiyai  satu saja
‘biarla....Allah akan membalasnya’ dengan iringan senyuman di bibir..

Dia cuba tidak mengeluarkan perkataan yang buruk daripada bibirnya terhadap kami..
Kerana dia tahu ucapan ibu satu doa...
Dia sentiasa mementingkan pelajaran..
Kerana dia tidak mahu kami hidup susah..
Katanya pelajaran adalah perkara penting untuk mengubah hidup seseorang..

Saya sendiri tidak dapat mewarisi kesabarannya..
Apabila dia mengeluh lututnya sakit, 
saya sedih mengenangkan 
beliau yang daripada seorang ibu yang lemah lembut, 
surirumah sepenuh masa, 
apabila ayah meninggalkan kami 
mula kerja bercucuk tanam membesarkan anak-anak...
dia yang sanggup berjalan kaki  
demi manghantar dan mengambil adik ke sekolah...

Apabila dia mengadu sakit demam...
saya sangat risaukan kesihatannya..
Apabila dia lambat balik ke rumah...
saya sangat risaukan keselamatannya..
Apabila saya mengadu masalah 
dia mendengar dengan penuh sabar..
Apabila saya jatuh tersungkur 
pastinya dia orang pertama yang akan menyambut diri ini

Kerana itu dia insan yang paling saya kagumi 
Yang paling perlu saya sayang selepas Allah dan Rasul
Mungkin ada masa kami tidak sependapat,
Tetapi seboleh mungkin saya cuba untuk tidak melukakan hatinya..

Terima kasih ma kerana membesarkan kami...Selamat hari ibu...
Ya Allah kurniakanla rahmat ke atasnya...Rahmatila hidupnya di dunia dan akhirat...

Saturday, May 11, 2013

Buatlah keputusan yang terbaik dalam hidup ini...

Saya suka membaca dan memerhati..
Kadang-kadang kerana itula membuatkan saya takut dan berhati hati..

Membaca tentang banyaknya keruntuhan rumahtangga dan kepincangan keluarga
menjadikan saya sedih dan kecewa...
Kadang-kadang saya terfikir
adakah jodoh saya nanti akan dapat membimbing saya hingga ke syurga..
Yang dapat bertahan dengan setiap ujian melanda...
Dalam keadaan dunia akhir zaman yang penuh dengan dugaan

Saya dilahirkan dalam keluarga yang bukanlah kaya harta..
Tapi kaya kasih sayang...
Kerana itu keluarga adalah keutamaan saya selepas ALLAH dan Rasul...

Saya bukanla memilih yang sempurna dalam hidup ini..
Kerana saya bukanla yang sempurna untuk memiliki yang sempurna..
Bagi saya, agama, nilai dan jati diri perkara yang paling penting dalam hidup ini...

Jika kecantikan yang dipandang..
percayala...ia takkan kekal lama...
angka 30 40 50 itu tidak begitu besar bezanya...
sekelip mata kita akan mencapai umur itu...
dan begitu juga dengan kecantikan...
ia akan makin pudar dalam sekelip mata...
Apabila diuji dengan kecantikan yang lain,
dia akan mudah terpesong hatinya..

Jika kekayaan dan pangkat yang dipandang...
percayala...harta itu bukan milik kita selamanya...
ia kurniaan Allah..
Tidak akan selamanya kekal...
Hidup ini ibarat roda...
Kadang-kadang kita di atas..kadang-kadang kita di bawah..
Jika Allah mengambil balik kekayaan itu maka kita akan kosong...
Kekayaan dan pangkat takkan pernah memuaskan hati orang yang menginginkannya..

Pandangla agama dan nilai dalam diri seseorang...
Sekurang-kurangnya ia meyakinkan kita,
apabila dia diuji dengan ujian kecantikan kekayaan pangkat
dia masih ada agama yang akan menjaga dirinya...
Apabila diuji dengan kesedihan dan kehilangan
dia sentiasa berlapang dada dan redha...

-untuk tatapan diri yang masih belajar dan untuk bacaan orang yang masih belajar-